awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Sweden digesa tambah jumlah keluarga angkat Islam

Zan Azlee
Zan Azlee
27/01/2014
05:00 MYT
Kerajaan Sweden digesa tambah jumlah  keluarga angkat Islam
Yasri Khan (kanan) dan isterinya Kawter Chibli
Sedang pasangan warga Malaysia Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Nurshal, masih ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul anak mereka kerana tidak bersembahyang, empat anak pasangan terbabit kini berada di bawah jagaan pasangan bukan Islam.
Kerajaan dan rakyat Malaysia sebelum ini melahirkan harapan mereka agar anak pasangan terbabit diletakkan di bawah penjagaan keluarga beragama Islam. Begitu juga komuniti Islam negara itu yang ingin memberikan lebih penjelasan mengenai kes seumpamanya terutamanya di kalangan masyarakat mereka.
Antaranya Persekutuan Masyarakat Islam Sweden Untuk Keamanan dan Keadilan, yang menganjurkan seminar pada Ahad di masjid Fittya di Stockholm. Persekutuan itu turut merayu agar lebih ramai keluarga Islam tampil menawarkan diri untuk sebagai keluarga angkat.
“Kami berharap lebih banyak keluarga Islam tampil dan mendaftar bagi membantu kes dimana anak-anak beragama Islam diletakkan di bawah penjagaan pihak berkuasa, agar mereka ada tempat yang sesuai. Ini penting kerana akan-anak ini memerlukan kediaman yang menyediakan persekitaran Halal,” kata presidennya Yasri Khan.
Tambahnya, masyarakat juga mahu memberikan tekanan kepada kerajaan agar bersifat lebih pro-aktif ketika memilih keluarga Islam. Ini penting bagi mengambil kira situasi dimana keluarga Islam negara itu semakin bertambah. Ketika ini terdapat hampir 500 ribu penduduk Islam di negara yang mempunyai jumlah penduduk seramai 9 juta orang itu.
Isteri Khan, Kawter Chibli yang merupakan seorang pegawai di Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Stockholm, turut bersetuju dengan pandangannya.
“Undang-undang ini selari dengan konvensyen Eropah mengenai kanak-kanak dimana Sweden antara negara yang mengiktirafnya, namun di pihak kerajaan, mereka tidak melakukan secukupnya,” tambah Khan.
Seminar terbabit turut disertai wakil dari Pergerakan Pemuda UMNO yang kini dalam misi memantau dan melihat kebajikan anak-anak pasangan terbabit yang kini telah 6 minggu di bawah jagaan keluarga angkat.
Topic Berkaitan
#Muslim
#Stockholm
#Sweden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan