PUTRAJAYA: Ibu kepada pekerja kilang Kamarulnizam Ismail yang meninggal dunia di penjara lapan tahun lepas akan mendapat ganti rugi sebanyak RM302,800 setelah kerajaan menarik balik permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.
Peguam M. Visvanathan yang mewakili Rahaya Salleh, ketika dihubungi berkata kerajaan memfailkan notis pemberhentian permohonan kebenaran merayu pada 17 Jun lepas.
Permohonan kebenaran merayu itu sepatutnya didengar di Mahkamah Persekutuan hari ini.
Visvanathan berkata berikutan penarikan balik permohonan kebenaran merayu oleh kerajaan, keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan award RM302,800 kepada Rahaya kekal.
Beliau berkata kerajaan juga perlu membayar faedah serta kos sebanyak RM36,000 untuk prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Pada 7 Julai tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk M. Gunalan memberikan Rahaya award sebanyak RM250,000 sebagai ganti rugi am untuk kecuaian dan RM40,800 untuk tanggungan tuntutan, RM10,000 sebagai ganti rugi khas dan RM2,000 untuk perbelanjaan pengebumian.
Semasa menyampaikan keputusan Mahkamah Rayuan, Ahmad Nasfy berkata Kamarulnizam, 39, diletakkan di bawah reman dari satu lokap ke lokap yang lain dan melalui proses soal siasat yang panjang oleh pasukan penyiasat berbeza.
Beliau berkata Kamarulnizam didakwa pada 4 Mac 2014 dan dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan dimasukkan ke dalam lokap sebelum dibawa ke penjara Tapah sehari kemudian.
Ahmad Nasfy berkata keadaan kesihatan Kamarulnizam telah merosot dan tiada seorang pun dalam pasukan polis yang mempedulikan perkara itu.
Beliau berkata penyakit radang paru-paru Kamarulnizam tidak mungkin berlaku dalam tempoh semalam dan dia juga tidak mendapat perhatian dari segi perubatan.
Dilaporkan Mahkamah Majistret Pulau Pinang telah menjatuhkan hukuman denda RM800 atau penjara 14 hari terhadap Kamarulnizam selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1957 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.
Kamarulnizam, yang bekerja di sebuah kilang gula di Pulau Pinang, memilih untuk menjalani hukuman penjara kerana memerlukan wang itu untuk memperbaiki kereta meskipun bapanya hadir di mahkamah untuk membayar denda.
Rahaya, 72, memfailkan saman itu terhadap polis, pegawai penjara dan kerajaan pada 3 Mac 2017 dan menuntut ganti rugi bagi tuntutan tanggungan, misfeasans atau salah guna kuasa dalam jawatan awam serta ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas setelah anaknya meninggal dunia di penjara Tapah pada 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 21 2022

Kerajaan juga perlu membayar faedah serta kos sebanyak RM36,000 untuk prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail

Kemarau | Sungai kedua terpanjang Eropah kekeringan
Kemarau berpanjangan yang melanda tenggara Eropah mengakibatkan ribuan hektar tanaman musnah serta aktiviti perkapalan terjejas di sungai kedua terpanjang di Eropah, Danube. Empangan yang terletak di utara Serbia juga dilaporkan hampir kering akibat suhu tinggi pada musim panas ini.

Krisis China-Taiwan | China tidak tolak kemungkinan guna kekerasan jika perlu
China dilaporkan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti atau cubaan untuk memisahkan Taiwan dan akan menggunakan kekerasan jika perlu. Ia selepas republik itu mengeluarkan kertas putih baharu dan menarik balik janjinya tidak menghantar tentera atau kakitangan pentadbir ke Taiwan.

Letupan di Crimea | Seorang maut, 14 lagi cedera - Gabenor
Seorang dilaporkan terkorban manakala 14 lain cedera dalam kejadian letupan dahsyat yang menggegarkan pangkalan udara di Crimea, pada Selasa. Gabenor Crimea yang dilantik Rusia, Sergei Aksyonov pada Rabu memaklumkan, kerja-kerja pemeriksaan sedang dilakukan pihak penyiasat dan kawasan itu akan kekal ditutup sehingga siasatan selesai.

Siasatan | Donald Trump akan disoal siasat peguam New York
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bakal disoal siasat oleh Peguam Negara New York pada Rabu. Ia beberapa hari selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya di Mar-a-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.

Olahraga | Muhammad Azeem timbang semula lanjut pengajian di Houston
Atlet pecut muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mahu menimbangkan semula keputusan untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Houston, Amerika Syarikat. Keputusan dibuat selepas beliau turut menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada beberapa universiti lain di negara itu dan akan membincangkan mengenai hala tuju terbaharunya bersama ibu dan bapanya selain jurulatih Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah.

Zon ASEAN | KL City FC mara ke final Piala AFC 2022
Penentuan sepakan penalti membawa tuah kepada Kuala Lumpur City FC selepas mara ke final Zon ASEAN Piala AFC 2022 dengan menundukkan kelab Vietnam, Viettel FC, apabila perlawanan menyaksikan seri tanpa jaringan dalam 120 minit permainan.

Jenayah Siber | Pengguna perlu ada sikap semak silang
Pengguna seharusnya juga mempunyai sikap semak silang sekiranya menerima panggilan atau dihubungi pihak yang mendakwa mewakili agensi tertentu, kata Pakar Keselamatan Rangkaian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zuriati Ahmad Zukarnain.

Mahkamah | Shahrir bayar RM549,090 untuk baik pulih projek Puri Langkasuka
Seorang peniaga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau menerima bayaran RM549,090 daripada Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih Projek Puri Langkasuka, Larkin yang terbengkalai selama lapan tahun.

Mahkamah | Pasukan peguam Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan
Pasukan peguam yang baru dilantik mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, pada Rabu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Bot Karam | Tiga nelayan hilang sejak Isnin ditemukan meninggal dunia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang pada Isnin lalu ditemukan meninggal dunia. Kesemua mangsa dikenali Saludin Ismail, 50 tahun; Mohd Nazri Abu Bakar, 48 tahun dan Zulkifli Umar,47 tahun.

Kerajaan tarik balik permohonan kebenaran merayu kes kematian tahanan dalam penjara
Ibu kepada pekerja kilang Kamarulnizam Ismail yang meninggal dunia di penjara lapan tahun lepas akan mendapat ganti rugi sebanyak RM302,800.