awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti beberapa RUU berkaitan untuk kebebasan media terjamin

Bernama
Bernama
03/05/2023
12:04 MYT
Kerajaan teliti beberapa RUU berkaitan untuk kebebasan media terjamin
Fahmi berkata RUU Majlis Media Malaysia ketika ini berada dalam proses perbincangan bersama organisasi media, syarikat berkaitan dan persatuan pengamal media. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan sedang meneliti beberapa rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan media termasuk RUU Majlis Media Malaysia dalam usaha memastikan aspek kebebasan media di negara ini terjamin, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Dalam sidang media berkenaan inisiatif 5G di sini hari ini, Fahmi berkata RUU Majlis Media Malaysia ketika ini berada dalam proses perbincangan bersama organisasi media, syarikat berkaitan dan persatuan pengamal media.
"Komitmen kerajaan ialah menjamin kebebasan media.
"Kita harap perbincangan (RUU Majlis Media Malaysia) dapat dirancakkan menjelang HAWANA (Hari Wartawan Nasional) (27 hingga 29 Mei) supaya kita dapat kenal pasti perkara asas atau isu yang dihadapi pengamal media untuk kita tangani secara mampan," katanya, sambil menambah isu berkenaan membabitkan ekonomi, kerjasama dan etika kewartawanan.
Pada 13 Mac lepas, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan kementerian itu telah mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Kerja Sementara pada 1 Mac lepas bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kandungan draf RUU Majlis Media Malaysia daripada jawatankuasa itu supaya lebih spesifik dan boleh diukur.
Cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia disuarakan peserta Wacana HAWANA pada 2018 yang mewakili pelbagai pertubuhan media di seluruh negara yang berperanan untuk mengekang berita palsu dan menjaga kebajikan pengamal media.
Mengenai peningkatan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF), Fahmi menyifatkan kedudukan Malaysia di tangga ke-73 berbanding tangga ke-113 tahun lepas merupakan suatu pencapaian di luar jangkaan serta membanggakan.
"Peningkatan 40 anak tangga ini adalah di luar jangkaan dan amat positif untuk negara serta kerajaan," katanya yang turut menasihatkan agar kerajaan dan penggiat industri media tidak merasa selesa dengan pencapaian itu sebaliknya terus melakukan penambahbaikan bagi mencapai kedudukan lebih baik pada masa akan datang.
Dalam indeks berkenaan yang bertujuan membandingkan tahap kebebasan pengamal-pengamal media di 180 negara dan wilayah seluruh dunia, kedudukan Malaysia meningkat 40 anak tangga dengan mencatat 62.83 mata berbanding tahun sebelumnya pada kedudukan 113 dengan 51.55 mata.
Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand pada kedudukan ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berita palsu
#Reporters Without Borders
#Hawana
#luar jangkaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan