awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar

Bernama
Bernama
23/09/2023
05:21 MYT
Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Anwar berucap pada majlis bersama diaspora dan pelajar Malaysia di Hilton Hotel, New York. -Facebook Puad Zarkashi
NEW YORK: Kerajaan sedang meneliti kaedah untuk menarik rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali menyumbang kepada negara dalam usaha menangani krisis penghijrahan cendekiawan atau brain drain yang sedang dihadapi negara ketika ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata kementerian berkaitan termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pendidikan Tinggi sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.
"Saya yakin ini boleh dilakukan, ia adalah berterusan...dan kita harus, seperti yang anda tahu kita telah lama menghadapi masalah penghijrahan golongan intelektual ini.
Golongan cendekiawan, ahli ekonomi terkemuka, akauntan terkemuka meninggalkan (negara) atau telah pergi, jadi sekarang kita perlu memastikan bahawa kita mempunyai sistem yang boleh menggalakkan mereka untuk kembali dengan insentif," katanya semasa menghadiri majlis makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini hari ini.
Anwar yang tiba di bandar raya ini pada Rabu, sebelum itu menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#krisis penghijrahan cendekiawan
#brain drain
#diaspora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan