awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maglev China pecah rekod pecutan, capai 700 km/j dalam 2 saat
Dakwaan hina institusi diraja: Siasatan terhadap Fahmi Reza tunggu laporan MCMC
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan terbuka meluaskan BUDI95 kepada pengusaha bot penumpang kecil

Bernama
Bernama
29/09/2025
02:10 MYT
Kerajaan terbuka meluaskan BUDI95 kepada pengusaha bot penumpang kecil
Amir Hamzah (depan, kanan) membuat tinjauan penerima STR yang membuat pembayaran pengisian minyak menggunakan inisiatif BUDI95 ketika lawatan di Stesen Petronas Durian Tunjong, Labuan, 28 Sept 2025. -- fotoBERNAMA
LABUAN: Kerajaan terbuka untuk meluaskan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang baharu diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada pengusaha bot penumpang kecil, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata pada dasarnya kerajaan tidak melihat sebarang halangan untuk memperluaskan skim itu kepada mereka yang terlibat dalam operasi bot penumpang kerana kumpulan berkenaan turut memainkan peranan penting dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti setempat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pulau.
"Kerajaan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Sabah dan Sarawak dalam perkara ini kerana pengusaha bot penumpang juga antara kumpulan yang amat bergantung kepada bahan api bersubsidi bagi meneruskan operasi serta kelangsungan hidup mereka," katanya selepas melawat stesen minyak Petronas di Jalan Pohon Batu di sini semalam.
Amir Hamzah yang memulakan lawatan kerja dua hari ke Labuan semalam berkata perbincangan dengan pihak berkuasa negeri yang berkaitan akan membantu mengenal pasti pengusaha yang layak serta memastikan skim itu dilaksanakan secara adil dan berkesan tanpa penyelewengan.
"BUDI95 direka untuk menyalurkan subsidi secara langsung kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan sekiranya pengusaha bot penumpang kecil turut dimasukkan, ini akan mengukuhkan lagi objektif bantuan bersasar itu," katanya.
Amir Hamzah berkata inisiatif yang merekodkan pembelian RON95 bernilai RM3.7 juta hanya dalam tempoh sehari selepas dilaksanakan, menunjukkan sambutan menggalakkan daripada kumpulan yang layak seperti anggota tentera, polis serta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Beliau berkata peluasan skim berkenaan kepada pengusaha bot penumpang bukan sahaja dapat meringankan kos operasi mereka, malah secara tidak langsung memberi manfaat kepada penduduk yang bergantung kepada pengangkutan air sebagai mod perjalanan harian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amir Hamzah Azizan
#Sabah dan Sarawak
#pengusaha bot penumpang kecil
#BUDI95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan