awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI komited rapatkan jurang pembangunan Sabah, Sarawak
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tetap cari MH370 - Hishammuddin

Bernama
Bernama
16/08/2014
11:12 MYT
Kerajaan tetap cari MH370 - Hishammuddin
Hishammuddin akan berlepas ke Australia hujung bulan ini bagi memastikan misi pencarian MH370 berjalan lancar - Gambar Fail
Kerajaan akan tetap meneruskan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sekalipun tumpuan seluruh negara kini terhadap tragedi pesawat MH17, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Menurutnya, seluruh dunia kini memberi tumpuan terhadap Malaysia berhubung tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas, namun itu tidak bermakna usaha pencarian MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas dihentikan.
Malah katanya, beliau akan berlepas ke Australia hujung bulan ini bagi memastikan misi pencarian MH370 berjalan lancar.
"Saya masih menunggu pengesahan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengenai kedudukan terkini kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5 sebelum saya berlepas ke Perth.
"Saya ingin memberi semangat kepada anggota kita selain sebagai isyarat kepada ahli keluarga mangsa bahawa dalam kesibukan mengenai MH17, kita tidak lupa terhadap pencarian MH370 yang masih diteruskan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tanjong Piai di sini, hari ini.
Penerbangan MH370 ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada radar pada 8 Mac, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Analisis data satelit menunjukkan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di selatan Lautan Hindi, di barat Perth.
Topic Berkaitan
#Australia
#dron
#Hishammuddin
#MAS
#MH370
#Najib Razak
#penerbangan Malaysia
#Perth
#Tony Abbott
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan