awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
04/03/2025
22:00 MYT
Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menurunkan kadar cukai pendapatan syarikat daripada 25 peratus kepada 24 peratus mulai tahun taksiran 2016.
KUALA LUMPUR: Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sentiasa komited untuk menambah baik layanan dan pentadbiran cukai bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan dan perkhidmatan kepada pembayar cukai.
"Kerajaan juga perlu memastikan sebarang kajian atau semakan semula kadar cukai pendapatan pada masa akan datang tidak menjejaskan kedudukan fiskal kerajaan dan pada masa yang sama dapat mengekalkan sistem percukaian yang lebih adil dan progresif," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara, pada Selasa.
Ia menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan untuk menurunkan kadar cukai korporat bagi menarik lebih banyak pelaburan asing.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menurunkan kadar cukai pendapatan syarikat daripada 25 peratus kepada 24 peratus mulai tahun taksiran 2016.
Katanya kerajaan juga telah menurunkan kadar cukai pendapatan bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dengan tujuan untuk meningkatkan daya saing PMKS dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
"Kadar cukai efektif yang ditanggung oleh syarikat juga sebenarnya lebih rendah bergantung pada pelbagai faktor seperti insentif cukai, potongan cukai, pengecualian cukai, pelepasan cukai dan elaun modal yang layak dituntut oleh setiap syarikat.
"Ini menjadikan kadar cukai pendapatan syarikat di negara ini adalah kompetitif berbanding negara serantau lain dan sekali gus insentif cukai yang diberikan kepada pelbagai pihak dapat menyokong pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#kadar cukai pendapatan syarikat
#pentadbiran cukai
#insentif cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan