awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak diam diri, SC sedang siasat Azam Baki - Ismail Sabri

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
08/01/2022
06:53 MYT
Kerajaan tidak diam diri, SC sedang siasat Azam Baki - Ismail Sabri
Perdana Menteri membuat tinjauan pasca banjir dan bertemu dengan mangsa di Kota Marudu pada Sabtu.
KOTA MARUDU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berdiam diri berhubung isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Sebaliknya tegas Perdana Menteri, siasatan sedang dilakukan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berhubung pembelian saham yang mengaitkan Azam.
Malah, beliau memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan salah laku melibatkan sesiapa sahaja.
"Pertama siasatan sudah dilakukan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). Kedua Suruhanajaya Sekuriti juga melakukan siasatan dan akan memanggil Azam untuk mendapatkan penjelasannya.
"Sehubungan itu, kita tunggu keputusan dilakukan Suruhanjaya Sekuriti. Malah kalau ada siasatan oleh agensi lain seperti polis... kita tunggu keputusan selesai.
"Kita tidak boleh membuat kesimpulan seolah-olah Azam bersalah. Itu tidak wajar bagi saya kerana orang berhak membela diri," katanya mengulas mengenai isu pembelian saham melibatkan Azam.
Terdahulu beliau membuat tinjauan pasca banjir dan bertemu dengan mangsa di Kota Marudu pada Sabtu. SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Topic Berkaitan
#pembelian saham
#Perdana Menteri
#Azam Baki
#siasatan SC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan