awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tidak henti prosiding terhadap IPIC di London - Peguam Negara

Bernama
Bernama
04/08/2020
03:09 MYT
Kerajaan tidak henti prosiding terhadap IPIC di London - Peguam Negara
Portal Sarawak Report baru-baru ini mendakwa kerajaan telah menghentikan prosiding mahkamah di London terhadap IPIC dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan dikatakan sedang berusaha untuk mengambil tindakan penyelesaian sebagai ganti. - FILEpic
Jabatan Peguam Negara mengesahkan tiada tindakan untuk memberhentikan prosiding mahkamah di London bagi membatalkan Perjanjian Penyelesaian antara 1MDB dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang ditandatangani pada 2017.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata kerajaan sentiasa bersifat terbuka untuk menimbang sebarang penyelesaian bagi memastikan aset-aset negara dipulangkan dan pada masa yang sama keadilan ditegakkan.
"Sehubungan itu, perbincangan sentiasa dilakukan antara kedua-dua kerajaan, termasuk sewaktu kerajaan Pakatan Harapan dan juga kerajaan kini.
"Perbincangan ini hanya melibatkan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tanpa penglibatan mana-mana pihak lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Portal Sarawak Report baru-baru ini mendakwa kerajaan telah menghentikan prosiding mahkamah di London terhadap IPIC dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan dikatakan sedang berusaha untuk mengambil tindakan penyelesaian sebagai ganti.
Prosiding mahkamah itu diambil untuk membatalkan Perjanjian Penyelesaian antara 1MDB dengan IPIC yang telah dibuat pada tahun 2017 berhubung kes penyelewengan dana 1MDB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Idrus Harun
#Kementerian Kewangan
#kerajaan
#London
#mahkamah
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Peguam Negara
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan