KUANTAN: Kerajaan bersifat terbuka dan sama sekali tidak menyorok atau memanipulasi angka kes COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata segala statistik mengenai bilangan kes positif COVID-19 dikongsi saban hari dengan pecahan kategori tertentu supaya rakyat mengetahui situasi sebenar.
"Kita sebut semua yang kita tahu... kita tak simpan dan sorok. Saya yakin sistem kesihatan kita masih mampu menangani kes COVID-19 buat masa ini dan disebabkan itu, banyak negeri dapat beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana kemampuan hospital di negeri berkenaan," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program e-Tuisyen Indera Mahkota secara dalam talian hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sedang giat dijalankan sebagai usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di negara ini.
BACA: COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
"Proses pemberian vaksin berjalan lancar setakat ini dengan lebih 400,000 dos vaksin telah diberikan selama beberapa hari ini. Ia angka mustahak, dengan ini kita percaya sistem kesihatan mampu menangani kes COVID-19.
"Malah kalau lihat laporan media luar negara juga ada menyebut proses vaksinasi Malaysia adalah antara terpantas di dunia, kita berada sebaris dengan negara maju yang lain," katanya.
Saifuddin juga sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya tidak menularkan video atau gambar yang belum terbukti kesahihannya.
"Kalau hendak tular dengan menyebarkan kebaikan tak apa, jika sebaliknya hentikan, sebarkan sesuatu yang boleh membantu dan bermanfaat," katanya.
Mengulas pemberian vaksin kepada penggiat seni, beliau berkata pihaknya sudah membuat pemohonan kepada Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi.
Mengulas mengenai Program e-Tuisyen secara percuma itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata ia melibatkan penyertaan 1,674 pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari 17 sekolah di kawasan parlimen berkenaan.
Beliau berkata setakat ini, hanya enam subjek yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik dengan penglibatan enam guru.
"Penambahan subjek dan guru akan dibuat mengikut keperluan dan sekiranya ada pihak lain atau Ahli Parlimen yang berminat, kita boleh berkongsi cara pelaksanaan e-Tuisyen ini. Kita sedia bekerjasama kerana kaedah secara dalam talian ini semakin mendapat sambutan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Kerajaan bersifat terbuka dan sama sekali tidak menyorok atau memanipulasi angka kes COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kes denggi meningkat 11.2 peratus, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat 11.2 peratus kepada 2,988 kes pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME48) iaitu bagi tempoh 26 Nov hingga 2 Dis lepas.
Kerajaan tidak sorok, manipulasi angka kes COVID-19 - Saifuddin
Kerajaan bersifat terbuka dan sama sekali tidak menyorok atau memanipulasi angka kes COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.