awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/07/2021
11:13 MYT
COVID-19: 12,528 kes baharu, jumlah kematian harian tertinggi dicatatkan
Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dikesan pada Sabtu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia masih lagi merekodkan angka melebihi 10,000 kes dengan 12,528 kes dilaporkan sepanjang 24 jam lalu.
Menerusi ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kumulatif Malaysia kini ialah 905,851 kes.
Menurutnya, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian namun kali ini kurang daripada 5,000 kes dengan merekodkan 4,985 kes.
Sehingga 17 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 12,528 kes (905,851 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 4,985 (317,591) WPKL - 1,740 (97,618) Johor - 625 (77,870) Sabah - 647 (74,479) Sarawak - 388 (71,039) Negeri Sembilan - 1,280 (60,258) pic.twitter.com/6pazB1cGoU
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 17, 2021
Ia diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,740 kes, Negeri Sembilan pula merekodkan 1,280 diikuti Kedah (701 kes), Sabah (647 kes) dan Johor (625 kes).
Perlis terus menjadi negeri yang merekodkan jumlah kes terendah dengan hanya satu kes direkodkan pada Sabtu.
Berikut adalah kes baharu yang direkodkan di negeri lain:
Melaka - 569 kes Perak - 428 kes Pulau Pinang - 396 kes Pahang - 317 kes Kelantan - 211 kes Terengganu - 177 kes WP Putrajaya -41 kes WP Labuan - 22 kes
Pulau Pinang - 396 (38,575) Kelantan - 211 (37,412) Kedah - 701 (31,854) Perak - 428 (30,842) Melaka - 569 (24,763) Pahang - 317 (18,104) Terengganu - 177 (12,530) WP Labuan - 22 (9,377) WP Putrajaya -41 (2,917) Perlis -1 (622) Kategori yg terlibat akan dimaklumkan sebentar lagi
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 17, 2021
Di sebalik jumlah kes sedikit menurun berbanding semalam dan kadar vaksinasi melebihi 400,000 dos sehari, angka kematian akibat COVID-19 negara kembali merekod angka membimbangkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter mereka pada Sabtu memaklumkan sebanyak 138 kematian dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.
Jumlah itu sekali gus menjadikan ia sebagai jumlah kematian tertinggi pernah direkodkan negara, mengatasi 135 kematian pada 8 Julai lepas.
Pertambahan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia akibat COVID-19 kini adalah 6,866 kes.
Sementara itu, kes sembuh pada Sabtu pula adalah 6,629 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 779,171 kes.
Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula masih mencatat angka membimbangkan dengan 908 kes masih dirawat dan 425 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 12,528 kes baharu direkodkan pada Sabtu, hanya 64 kes atau 0.5 peratus berada dalam kategori lima (kritikal dan perlukan ventilator).
Majoriti kes berada pada Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan) dengan 6,840 kes (54.6 peratus) pada Kategori 1 manakala 5,468 kes (43.6 peratus) pada Kategori 2.
Topic Berkaitan
#kes baharu
#COVID-19
#12 528 kes
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Twitter
#Selangor
#tertinggi
#Perlis
#Terendah
#Negeri Sembilan
#Kuala Lumpur
#wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan