awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan timbang tubuh badan selia industri muzik, bela nasib penyanyi di Malaysia - Zahidi

Bernama
Bernama
07/10/2021
06:59 MYT
Kerajaan timbang tubuh badan selia industri muzik, bela nasib penyanyi di Malaysia - Zahidi
Kementerian percaya kewujudan badan berkenaan akan dapat membantu golongan penyanyi sebagaimana Finas membantu para pelakon. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbang untuk menubuhkan satu badan bagi menyelia industri muzik tempatan agar kebajikan penyanyi di negara ini terus terbela, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Beliau berkata, sebelum ini terdapat satu institusi sedemikian di bawah Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (yang kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) yang berperanan mengumpul dana bagi membantu penyanyi, namun kini badan itu tiada lagi.
"Kementerian percaya kewujudan badan berkenaan akan dapat membantu golongan penyanyi sebagaimana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) membantu para pelakon dan pihak lain yang terlibat dengan industri perfileman negara.
"Melalui FINAS, kita sudah bantu pelakon-pelakon dan artis, tetapi untuk penyanyi ini belum ada lagi, menyebabkan terdapat rungutan. Jadi kini Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa sedang berbincang bagaimana hendak bantu golongan penyanyi pula, sama ada melalui FINAS juga atau kita (kerajaan) buat satu badan lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.
Temu bual itu membincangkan Program Komuniti @ Finas (KoFI) Padang Besar, Perlis.
Mengulas lanjut, Zahidi berkata kementerian juga sedang mencari jalan untuk meningkatkan lagi kutipan dana yang boleh disalurkan kepada golongan artis dalam industri perfileman.
"Sebagai contoh mungkin kita boleh tingkatkan cukai tiket panggung wayang antara 30 atau 40 sen sebagai tambahan dana untuk membantu semua artis-artis ini," katanya.
Berhubung program KoFI, Zahidi berharap selain mencungkil bakat-bakat baharu dalam industri kreatif, ia dapat menonjolkan kawasan-kawasan menarik di negeri itu yang boleh diketengahkan sebagai lokasi penggambaran bagi syarikat-syarikat produksi termasuk dari luar negara.
Menurut beliau ia seiring dengan matlamat kementerian untuk mengembangkan sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang kini pada kadar 1.9 peratus atau bersamaan RM29 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#industri muzik
#penyanyi
#kebajikan
#Zahidi Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan