awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan tingkatkan kelajuan internet secara berterusan

Bernama
Bernama
22/02/2018
20:00 MYT
Kerajaan tingkatkan kelajuan internet secara berterusan
Kata Salleh, kerajaan akan meningkatkan kelajuan internet secara berterusan dengan pemasangan lebih banyak fiber dan pemberian spektrum kepada syarikat telekomunikasi.
Kerajaan akan meningkatkan kelajuan internet secara berterusan dengan pemasangan lebih banyak fiber dan pemberian spektrum kepada syarikat telekomunikasi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Beliau berkata bagi perkhidmatan 4G dan 3G, kerajaan tetap memberi fokus kepada pemberian akses untuk rakyat di setiap pelusuk negara.
"Untuk memastikan pembangunan komunikasi lebih menyeluruh, kerajaan juga memberi subsidi peranti kepada golongan yang dikenal pasti dan akses kepada kemudahan-kemudahan internet untuk komuniti luar bandar melalui 800 Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara," katanya menerusi laman Twitter beliau malam tadi.
Salleh berkata kesemua inisiatif itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk memberi akses saksama kepada setiap lapisan masyarakat. -- Bernama
Topic Berkaitan
#3G
#4G
#internet malaysia
#kelajuan internet
#pusat internet 1malaysia
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan