ISTANBUL: Kerajaan Turkiye telah melaksanakan sekitar 5,533 aktiviti bagi mengurangkan kesan psikologi terhadap mangsa terselamat daripada kejadian gempa bumi dahsyat setahun lalu.
Dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Menurut kenyataan "The Activities Carried Out On The First Anniversary of the Earthquake" yang dikeluarkan oleh Direktorat Komunikasi Presidens, sejumlah 1,163 tenaga pengajar menganjurkan lebih 1,000 aktiviti untuk golongan muda termasuk kegiatan sukan seperti pingpong, bola sepak, caturm dan persediaan peperiksaan serta komunikasi.
"Pelbagai latihan dan aktiviti berlangsung di pusat belia di kawasan berkenaan merangkumi pembangunan individu, sukan, kesenian dan sains. Pada masa ini, 1,305,539 kanak-kanak dan golongan muda telah mendapat manfaat daripada 62,410 aktiviti," katanya.
Pada 6 Feb 2023, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria dengan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.
Sebanyak 11 wilayah terjejas akibat gempa bumi itu iaitu Kahramanmaras, Hatay, Adiyaman, Osmaniye, Gaziantep, Sanliurfa, Malatya, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Elazig.
Kementerian Pendidikan Negara telah menjalankan aktiviti sokongan psikososial di wilayah-wilayah terjejas dengan menyediakan pelbagai kursus dalam bidang pakaian, kraftangan, sulaman, seni reka, seni visual, seni hiasan, makanan dan minuman.
"Penginapan dan makanan disediakan kepada 754,180 mangsa bencana di pusat latihan guru dan sekolah seni.
"Sebanyak 80,000 set alat tulis disumbangkan kepada pelajar, 82 khemah sokongan pendidikan khas atau bilik darjah kontena diwujudkan untuk pelajar, dan 416 khemah sokongan psikososial, permainan dan aktiviti dibangunkan untuk kanak-kanak di khemah dan kontena," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye membantu mangsa gempa dengan penglibatan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih. - Bernama
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Turkiye tahan 147 suspek Daesh dalam serbuan di seluruh negara
Seramai 147 suspek yang didakwa mempunyai kaitan dengan Daesh ditahan pihak berkuasa Turkiye dalam serbuan di 33 bandar dan wilayah di negara itu.
Rakyat Turkiye berterima kasih kepada PM Anwar bantu mangsa gempa bumi
Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.
Turkiye kenakan denda AS$160,000 ke atas Meta
Turkiye memutuskan untuk mengenakan denda harian melebihi AS$160,000 ke atas Meta kerana gagal mematuhi kewajipan pertukaran data.
Turkiye kejutkan Jerman di Berlin
Turkiye melakar kejutan apabila menumpaskan tuan rumah rumah Euro 2024, Jerman 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Berlin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.