KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 19 lokaliti di Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Kedah.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan, semua PKPD itu akan bermula 31 Julai dan berakhir pada 13 Ogos depan.

Tambahnya, ia termasuk dua Lokaliti di Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou, Ranau; Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis, Keningau; Kampung Marintaman, Sipitang; Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong, Telupid dan Kampung Airport Lama, Tawau, Sabah.

Sementara di Kelantan, PKPD dilaksanakan di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang serta Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak,
Kemaman di Terengganu.

Dalam pada itu PKPD turut diumum di Apartment Amber Court & Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong; FELDA Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Lipis; Pahang serta empat lokaliti dalam daerah Perak Tengah, Perak iaitu di mukim Bandar (Kg. Biak Hilir) serta di mukim Pasir Salak (Kg. Biak Darat, Kg. Biak Baroh dan sebahagian Kg. Pasir Salak)

PKPD di Kedah pula diumumkan di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil.

Dalam pada itu kata Hishammuddin, PKPD yang dijadualkan tamat pada 30 Julai dilanjutkan bermula 31 Julai sehingga 13 Ogos di Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu, Sabah serta Kampung Seratau, Bahagian Kuching, Sarawak.

Sementara PKPD diumumkan tamat di Kilang Latexx Manufacturing Sdn Bhd & Asrama Pekerja Kilang
Latexx ( Latexx Village & Ivor Hostel), Taiping; tiga lokaliti dalam daerah Kerian, Perak iaitu di Apartment Tropicana, Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Binjai.

Turut tamat pelaksanaan PKPD ialah di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah, Melaka selain Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat dan Penjara Tawau & Kuarters Penjara Taman Ehsan, Tawau, Sabah.

Dua lagi lokaliti di Sarawak turut diumum penamatan PKPD iaitu di Kampung Astana dan Kampung Sungai Bedil dalam bahagian Kuching, Sarawak.

Semua lokaliti itu ditamatkan mengikut jadual pada 30 Julai.

Sementara PKPD di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Selangor ditamatkan lebih awal iaitu pada 29 Julai berbanding jadual asal 31 Julai.

Sementara itu, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 20,205 anggota telah melaksanakan 82,992 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.

Sebanyak 63 premis meliputi lima kilang, 55 premis perniagaan dan lima tapak pembinaan diaahkan tutup serta merta.

Dalam pada itu sebanyak 296 individu dikompaun kerana ingkar SOP selain 20 lagi direman.

Pada Rabu juga kata Hishammuddin, seramai 563  individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan telah dikuarantin wajib di 83 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.