KUALA LUMPUR: Satu pasukan khas yang disertai agensi-agensi kerajaan akan diwujudkan bagi menyediakan laluan khas kepada kanak-kanak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran atau akademik.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan kanak-kanak lepasan JKM yang berusia 18 tahun lazimnya tidak lagi ditanggung oleh agensi tersebut sekali gus menyebabkan ada dalam kalangan mereka tercicir.
"Kerajaan amat mengambil berat tentang soal pemerkasaan kanak-kanak lepasan JKM bagi menjamin masa depan golongan itu," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) 2022 hari ini.
Beliau berkata syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan bertanggungjawab menyediakan dana pendidikan, dana penempatan dan laluan kerjaya manakala Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menjadi penjamin bagi membantu kanak-kanak lepasan institusi yang tiada dokumen dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.
Katanya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berperanan dalam menyediakan latihan dan peluang pekerjaan selepas golongan itu tamat pengajian serta kesemua bantuan itu akan diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Ismail Sabri berkata mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk mewujudkan Gender Focal Team (GFT) di setiap kementerian dan agensi dalam usaha untuk meneroka potensi wanita dalam ekonomi dan mengarus perdana gender dalam setiap perancangan, pelaksanaan dasar dan inisiatif.
Beliau berkata GFT akan mempunyai sekurang-kurangnya tujuh orang ahli bagi mengkoordinasi dan melaksanakan inisiatif untuk mencapai kesaksamaan gender.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber juga diwujudkan berikutan menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat tentang risiko penipuan dalam talian.
Beliau memaklumkan inisiatif tersebut bagi melahirkan warga siber yang berpengetahuan dan bertanggungjawab serta melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penjenayah siber.
"Mesyuarat turut menzahirkan kebimbangan terhadap kes jenayah siber yang semakin meningkat. Sejak 2016 sehingga 2021 dilaporkan terdapat hampir 82,000 kes penipuan siber melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM2.21 bilion," katanya.
Perdana Menteri juga menyifatkan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai lepas membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani isu gangguan seksual di negara ini.
Mesyuarat MSN itu dihadiri menteri-menteri kanan, menteri dan timbalan menteri yang berkaitan serta pegawai-pegawai kanan kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia susulan kanak-kanak lepasan JKM yang berusia 18 tahun lazimnya tidak lagi ditanggung oleh agensi tersebut sekali gus menyebabkan ada dalam kalangan mereka tercicir. - Gambar fail/BERNAMA
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
Kilang Goodyear tutup: Kerajaan tubuh pasukan khas bantu pekerja terjejas
Pasukan itu akan membantu penempatan semula pekerja dan menawarkan program peningkatan kemahiran dan latihan semula kepada pekerja terjejas.
Pasukan khas akan ditubuh periksa peralatan keselamatan setiap bangunan - KP Bomba
Sebuah pasukan khas akan ditubuhkan bagi memeriksa peralatan keselamatan yang dipasang di setiap bangunan agar berfungsi dengan baik.
KPM tubuh pasukan petugas khas selaras semula prasekolah
Fadhlina berkata agenda KPM adalah untuk memastikan kurikulum dan juga isu-isu berkaitan prasekolah seperti dari segi pembelajaran serta silibus dapat diselaraskan semuanya di bawah kementerian.
Sistem perolehan pasukan keselamatan perlu dirombak agar lebih telus - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pasukan khas akan diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan negara.
Pelan liberalisasi visa diperkukuh dengan langkah kawalan, penguatkuasaan bersepadu
Antara aspek kawalan yang bakal dilaksana ialah mewujudkan pasukan khas Jabatan Imigresen bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.
Dua pasukan khas ditubuh percepat usaha pengasingan peranan Peguam Negara, Pendakwa Raya
Mesyuarat pertama untuk meneliti agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya hari ini bersetuju menubuhkan dua pasukan petugas khas bagi mempercepat usaha reformasi itu.
Kerajaan perlu institusikan Ekonomi MADANI bagi pelaksanaan lebih pantas - Ahli ekonomi
Noor Azlan berkata, sebuah pasukan khas perlu diberikan mandat untuk melaksanakan kerangka ekonomi tersebut bersama-sama dengan kerajaan.
Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.
Malaysia bentuk pasukan khas selaras bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria
Pasukan Petugas itu diketuai bersama oleh Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Isu perkhidmatan Touch 'n Go, KPDN tubuh pasukan khas - Salahuddin
KPDN akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi meneliti masalah berkaitan sistem pembayaran baharu Touch 'n Go yang didakwa bermasalah, sejak kebelakangan ini.