awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan yakin program bekalan vaksin ikut jadual - Dr Adham Baba

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/05/2021
10:57 MYT
Kerajaan yakin program bekalan vaksin ikut jadual - Dr Adham Baba
Menteri Kesihatan juga tidak menolak program yang kini berada di fasa dua mungkin dapat diselesaikan lebih awal. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kerajaan bersedia dan yakin pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
Ini kerana, tegas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, jumlah vaksin yang diterima setakat ini mencukupi.
Bahkan, Dr Adham juga tidak menolak program yang kini berada di fasa dua mungkin dapat diselesaikan lebih awal.
Menurut beliau, terbaharu, 3.52 juta dos bagi ketiga-tiga jenis vaksin iaitu AstraZeneca, Pfifer dan Sinovac akan diperoleh pada bulan ini yang boleh dimanfaatkan bagi suntikan kepada lebih 1.5 juta penerima.
“Pada 19 April kita sudah mula fasa kedua sehingga bulan Ogos dan bekalan vaksin akan lebih (surplus) bermula bulan Jun.
“Bulan ini sahaja kita akan dapat 3.52 juta vaksin yang kita kenal pasti dan telah kita buat compliment… jadi kita yakin kita akan buat vaksinasi lebih pantas, kita telah dapat mengesahkan penghantaran (vaksin) mengikut jadual yang telah kita lakukan dan patuhi,” kata Dr Adham.
Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik AMC Medical Seremban 2, di sini pada Khamis.
BACA: COVID-19: 88 peratus rakyat Malaysia setuju terima vaksin - Menteri Kesihatan
Semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, vaksin mungkin tidak cukup untuk memulakan fasa 3 PICK seperti dirancang memandangkan bekalan dijangka tiba lebih lambat.
Ini kerana, kata Khairy, syarikat farmaseutikal pengeluar vaksin lebih memberi keutamaan pemberian vaksin kepada negara maju berbanding negara membangun.
Mengulas lanjut, Dr Adham optimis bekalan vaksin tidak akan menjadi kekangan untuk program PICK memandangkan negara dijangka menerima sejumlah besar ketiga-tiga jenis vaksin sehingga Ogos depan.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham memaklumkan kementerian belum menerima laporan mengenai kesan buruk daripada penerima vaksin AstraZeneca.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#ikut jadual
#Menteri Kesihatan
#Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan