KUALA TERENGGANU: Kerajaan yakin akan memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Isnin ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sokongan tersebut sangat penting bagi membolehkan pembentangan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dibuat selepas itu.
"Isunya selagi Perlembagaan tidak dipinda, tak boleh buat (pembentangan rang undang-undang) sebab undang-undang kata mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan automatik akan jadi batal dan tidak sah, jadi kena pinda dulu (Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan).
"Pinda bagi ada klausa untuk kecualikan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan... bagi membolehkan buat Akta Anti Lompat Parti ini," katanya pada Majlis Iftar Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Komuniti Negeri Terengganu di sini malam ini.
Beliau berkata draf rang undang-undang itu akan diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa teknikal yang mewakili semua parti sebaik sahaja ia siap.
"Secara dalaman, draf ini boleh dikongsi lebih awal... kita kena telus kerana akhirnya mereka semua akan mengundi," katanya.
Annuar juga berkata tiada sebarang pertelagahan berlaku dalam Mesyuarat Kabinet mengenai rang undang-undang itu namun hanya timbul beberapa perbezaan pendapat dan menyifatkannya sebagai perkara biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Men-Komm) Tan Sri Annuar Musa menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar Men-Komm Bersama Komuniti Negeri Terengganu di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Sidang khas Parlimen bermula hari ini
Sidang khas itu merangkumi mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini dan mesyuarat khas Dewan Negara pada Selasa (12 April).
Kerajaan yakin raih sokongan dua pertiga pinda Perkara 10 Perlembagaan - Annuar
Kerajaan yakin akan memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat untuk meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, Isnin ini.