JAKARTA: Kestabilan kerajaan Malaysia, bersama-sama dengan jangkaan penubuhan kerajaan Indonesia yang kukuh dan stabil selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang pada 14 Februari, dijangka dapat secara signifikan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Dalam menyatakan ini, pengasas dan Pengarah Urusan Ihza & Ihza Law Firm, Prof Yusril Ihza Mahendra menekankan kepentingan syarikat Malaysia dan Indonesia untuk mengukuhkan kerjasama dan membina hubungan baik antara pemimpin.
"Kita tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai ramai rakan di sini, termasuk dalam kalangan ahli-ahli politik Indonesia, yang merupakan aset berharga untuk meningkatkan kerjasama pada masa hadapan," katanya kepada media semasa program 'Teh Tarik Talk', anjuran Malaysia Chambers Jakarta (MCJ).
Beliau percaya kerajaan Indonesia yang akan datang bakal membuat perubahan dasar yang signifikan dalam perdagangan dan pelaburan, menarik syarikat-syarikat Malaysia begitu juga syarikat-syarikat Indonesia akan mendapati dasar-dasar ekonomi Anwar menarik.
Mengenai ekonomi Indonesia, Prof Yusril berkata, ia boleh dianggap agak liberal sekarang, kecuali dalam beberapa aspek, seperti industri senjata.
Bagaimanapun, beliau berkata, syarikat asing yang mungkin berminat untuk melabur dalam pembuatan senjata boleh menubuhkan syarikat modal asing di bawah undang-undang Indonesia.
Mengenai liberalisasi tanah, beliau menegaskan, hal ini adalah penting untuk menarik pelaburan asing ke Indonesia, termasuk usahawan-usahawan Malaysia yang secara tradisinya beroperasi dalam sektor seperti perladangan tetapi mungkin beralih ke sektor pelancongan.
Selain Prof Yusril, perbincangan bertajuk 'Malaysia-Indonesia Trade Outlook 2024,' turut menampilkan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Pesuruhjaya Perdagangan Matrade Jakarta, Suresh Kumar R. Palasanthiran.
Syed Md Hasrin menyampaikan pandangan yang optimis mengenai hubungan antara Malaysia dan Indonesia, dengan memberi penekanan bersama terhadap hubungan kukuh oleh pemimpin dari kedua-dua negara.
Hubungan antara kedua-dua negara dilihat sebagai asas kepada pembangunan yang stabil, teguh dan makmur di rantau Asia Tenggara.
"Asas yang kukuh ini memberi peluang bagi kerjasama untuk meneroka cara memperkukuh hubungan dengan lebih lanjut," katanya.
Menurut beliau penambahbaikan itu dijangka menyumbang kepada pengukuhan kerjasama serantau.
Sementara itu, Presiden MCJ, Raja Elona Safinaz merancang untuk menganjurkan perbincangan mengenai topik lain tidak lama lagi dan akan bekerjasama dengan Matrade Jakarta untuk mengemaskini pangkalan data syarikat Malaysia yang beroperasi di sini.
"Interaksi dalam payung MCJ akan berfungsi sebagai platform untuk memudahkan operasi perniagaan dan pada masa yang sama memperluas hubungan dengan mereka yang boleh menyediakan lebih banyak peluang perniagaan," katanya.
MCJ juga mempromosikan penajaan dan keahlian korporat, termasuk keahlian bersekutu sebagai respons kepada minat yang dinyatakan oleh usahawan Indonesia untuk mengambil bahagian. Ia mempunyai kira-kira 500 ahli. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Yusril Ihza (lima dari kanan), Syed Hasrin (enam dari kiri), Raja Elona Safinaz (enam dari kanan) bergambar kenangan pada program 'Teh Tarik Talk', anjuran Malaysia Chambers Jakarta (MCJ) di Jakarta, Indonesia, pada Rabu.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Kerajaan yang stabil akan lonjak kerjasama ekonomi Malaysia-Indonesia
Kestabilan itu dijangka dapat secara signifikan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
PRU15: Hanya kerajaan stabil mampu selamatkan negara - Anwar
Kata Anwar, sistem ekonomi yang membela nasib rakyat hanya boleh dicapai dengan sebuah kerajaan yang stabil.
PRU15: GPS sedia kerjasama dengan mana-mana gabungan bentuk kerajaan stabil - Nanta
Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhasrat menjalinkan kerjasama dengan mana-mana gabungan yang berupaya membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan memberikan manfaat kepada rakyat, kata Setiausaha Ag
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.
PRU bukan prioriti - Takiyuddin
Kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik COVID-19, kata Takiyuddin.
Kerajaan stabil, tidak perlu desak bubar Parlimen - Annuar Musa
Annuar berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.
PRN Sarawak: Rakyat mahu kerajaan negeri yang stabil, bukan terumbang-ambing
Sarawak memerlukan kestabilan politik untuk terus maju sekali gus memastikan rakyat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.