Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim juga membenarkan permohonan kebenaran merayu oleh wanita yang dilahirkan di India, Mahisha Sulaiha Abdul Majeed, yang mahu mendapatkan deklarasi sebagai warganegara Malaysia.
Keputusan itu dibuat selepas Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi yang masing-masing mewakili kerajaan dalam kes Family Frontier dan Mahisha memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak membantah permohonan kebenaran itu.
Abang Iskandar yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Mary Lim Thiam Suan membenarkan permohonan itu membabitkan tiga persoalan undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bagi kedua-dua kes.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan permohonan kerajaan untuk memasukkan tiga lagi persoalan undang-undang.
Dalam kes sivil, litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
Antara persoalan undang-undang yang dibangkitkan ialah sama ada seseorang yang dilahirkan oleh ibu warganegara Malaysia di luar Persekutuan adalah warganegara Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang menurut Perkara 14(1)(b) yang dibaca bersama Bahagian II Seksyen 1(b) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Pada 5 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia dengan pasangan warga asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan, Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Sept 2021.
Family Frontiers dan enam wanita rakyat Malaysia yang berkahwin dengan warga asing dengan anak kelahiran luar negara memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi, memohon supaya anak mereka berhak mendapat kerakyatan Malaysia.
Mereka juga memohon perintah mahkamah agar semua agensi kerajaan yang berkaitan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan kedutaan Malaysia agar mengeluarkan dokumen berhubung kerakyatan (termasuk pasport dan kad pengenalan) kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.
Sementara itu dalam kes Mahisha, Mahkamah Rayuan pada hari yang sama, menolak rayuan wanita itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2020 yang menolak saman yang difailkan beliau untuk mendapatkan deklarasi bahawa beliau berhak menjadi warganegara Malaysia.
Mahisha, 25, yang dilahirkan di India, beribukan rakyat Malaysia dan bapa warga India, telah memfailkan samannya melalui saman pemula, menamakan ketua pengarah JPN, menteri dalam negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Pada prosiding hari ini yang berlangsung secara dalam talian, peguam diketuai oleh Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Family Frontier dan enam ibu berkenaan manakala pasukan peguam diketuai Datuk Dr Cyrus Das mewakili Mahisha.
Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar, A. Surendra Ananth, Khoo Suk Chyi dan Wong Ming Yen bertindak sebagai amicus curiae atau sahabat mahkamah bagi Majlis Peguam manakala peguam Tay Kit Hoo sebagai peguam pemerhati bagi pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Peguam Denise Lim sebagai peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Wanita (AWL), Women's Centre for Change (WCC), Sisters in Islam (SIS) dan Justice for Sisters (JFS).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022
Dalam kes sivil, litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. - Gambar fail
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Profesor universiti gesa semak kewarganegaraan Agnes Monica
Menurut Hikmahanto, Ketua Pengarah Imigresen harus memeriksa status kewarganegaraan Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo.