awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana 'janji manis' Aziz, wanita rugi RM60,000

Sinar Harian
Sinar Harian
28/08/2021
05:12 MYT
Kerana 'janji manis' Aziz, wanita rugi RM60,000
Kejadian bermula pada Jun lalu, apabila mangsa berusia 45 tahun berkenalan dengan lelaki yang dikenali dengan nama Aziz Mohamad melalui media sosial. - Gambar hiasan
KUANTAN: Terpedaya dengan janji bakal dikahwini, seorang tukang masak kerugian RM60,000 apabila memasukkan wang ke dalam satu akaun, selepas diminta teman lelakinya yang dikatakan menetap di luar negara.
Kejadian bermula pada Jun lalu, apabila mangsa berusia 45 tahun berkenalan dengan lelaki yang dikenali dengan nama Aziz Mohamad melalui media sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, sepanjang berkenalan, lelaki terbabit melayan mangsa dengan baik sehingga berjanji untuk berkahwin dengannya.
Menurutnya, selepas membuat janji itu, suspek mula mengatur strategi untuk menipu mangsa dengan meminjam wang daripadanya.
"Suspek memaklumkan mahu meminjam wang daripada mangsa kerana kad bank miliknya mengalami masalah dan berjanji akan membayarnya semula.
“Malah dalam sepanjang tempoh Jun hingga kini, mangsa telah membuat 30 transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah kira-kira RM60,000 namun sehingga kini belum menerima wangnya semula," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai laporan itu, Mohd Wazir berkata, mangsa juga sering diperdaya dengan resit palsu daripada suspek.
Jelasnya, mangsa mula menyedari dirinya telah ditipu selepas mendapati semua wang simpanannya sudah kehabisan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Kerana 'janji manis' Aziz, wanita rugi RM60,000
Topic Berkaitan
#love scam
#wanita ditipu
#teman lelaki
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan