Tukang mahir terbaik di Thailand bekerja keras selama berbulan-bulan membuat reka bentuk dan membina keranda diraja yang akan digunakan dalam Upacara Persemadian Diraja mendiang Raja Bhumibol Adulyadej hujung bulan depan.
Keranda diraja yang dihiasi dengan hiasan dan diukir halus itu diperbuat daripada pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak, kayunya berbau harum dan dianggap membawa tuah oleh penganut Buddha dan sering digunakan dalam upacara keluarga diraja.
"Keranda diraja itu diperbuat daripada 12 batang pokok cendana yang telah mati tetapi pohonnya masih tegak. Ia ditebang di Taman Negara Kui Buri, di Prachuapkhirikhan," kata pegawai daripada Jabatan Seni Halus kepada media baru-baru ini.
Keranda itu mempunyai 132 lambang garuda, dedah pegawai tersebut iaitu satu daripada ciri terpenting yang terdapat pada keranda diraja.
Media tempatan dan asing diberi peluang, yang jarang diberi sebelum ini, oleh Jabatan Perhubungan Awam kerajaan untuk melawat Jabatan Seni Halus, yang diberi amanah untuk membuat reka bentuk dan membina keranda diraja, di sini baru-baru ini.
Dalam lawatan itu, sekumpulan tukang mahir sedang sibuk membuat kerja-kerja kemasan peringkat akhir dengan amat teliti pada keranda diraja yang beradun itu, kira-kira sebulan sebelum ia digunakan dalam Upacara Persemadian Diraja.
Pada November tahun lepas, media tempatan melaporkan satu upacara khas berlangsung di Taman Negara Kui Buri untuk memohon restu daripada 'penjaga' pokok cendana itu, sebelum ia ditebang dan dibawa keluar dari hutan, diproses dijadikan papan untuk keranda diraja itu.
Upacara khas itu yang diuruskan oleh sami Buddha dianjurkan Biro Kerabat Diraja Thailand.
Upacara bersejarah Persemadian Diraja akan berlangsung selama lima hari bermula 25 Okt dan jasad baginda akan menjalani upacara persemadian dengan cara dibakar di Krematorium Diraja di Sanam Luang, yang terletak berdekatan dengan Istana Agung pada 26 Okt.
Raja Bhumibol yang digelar raja berjiwa rakyat kerana kesungguhan baginda membawa pembangunan untuk rakyat dan memelihara kebajikan mereka, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Siriraj di sini pada 13 Okt tahun lepas pada usia 89 tahun, setelah menduduki takhta selama 70 tahun.
Baginda adalah raja kesembilan Dinasti Chakri.
Sejak kemangkatan baginda, jasad Raja Bhumibol ditempatkan di Dewan Singgahsana Dusit Maha Prasat, yang terletak di Istana Agung, menghadap Sungai Chao Phraya, dengan setiap hari puluhan ribu rakyat memberi penghormatan terakhir dalam barisan panjang tanpa mengira keadaan cuaca.
Upacara Persemadian Diraja, yang dianggap bersejarah bagi Thailand itu juga menandakan berakhirnya tempoh berkabung rasmi selama setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2017
Keranda Diraja yang akan digunakan pada Upacara Persemadian Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada akhir bulan depan. --fotoBERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.