KUALA LUMPUR: Kerangka pendidikan tinggi negara ini perlu diubah mengikut kehendak semasa seiring perubahan landskap pendidikan dunia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata kementerian amat menggalakkan semua institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti, menjalin kerjasama dan persefahaman dengan institusi pendidikan tinggi serta pemain industri di luar negara.
Zambry berkata langkah ini sejajar dengan dasar dan strategi pengantarabangsaan, yang dibangunkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
"Mustahak untuk kita melihat kerangka pendidikan tinggi, yang berubah dengan pantas dan bukan lagi berdasarkan kerangka yang lama...seluruh dunia sedang berubah dan semua insitutsi pendidikan tinggi negara perlu mengadaptasi perubahan ini.
"Misalnya dalam lawatan (rasmi) saya ke beberapa negara baru-baru ini, antara lain membuka peluang mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawat untuk mengukuhkan persefahaman dalam bidang pendidikan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan syarikat farmaseutikal dari Korea Jeil Pharmaceutical, dalam usaha mengukuhkan lagi bidang farmaseutikal tempatan dan kajian perubatan universiti itu.
Mengulas tentang program jelajah turun padang ke IPT, Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT, Zambry berkata inisiatif itu membantu pihak kementerian melihat situasi sebenar di peringkat institusi.
Zambry berkata program itu membuka ruang untuk beliau dan KPT, mendengar sendiri keluh kesah pelaksanaan dasar di peringkat akar umbi, selain memastikan aspek kebajikan penuntut dan mahasiswa serta kakitangan dititikberatkan.
"Kita menjadikan tahun ini, laksanakan program turun padang dan melawat ke IPT di bawah KPT khususnya... program ini bukan bermakna kita (KPT) tidak percaya pada pelaporan dari pihak pengurusan IPT, tetapi lebih kepada untuk melihat sendiri situasi di bawah.
Program Semarak Kampus MADANI akan menjelajah ke IPT di 16 zon seluruh negara, termasuk universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej komuniti dengan Sarawak menjadi zon pertama yang dipilih KPT yang berlangsung pada 5 hingga 6 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Zambry berkata langkah ini sejajar dengan dasar dan strategi pengantarabangsaan, yang dibangunkan KPT. - Gambar fail/Bernama
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Kerangka pendidikan tinggi negara perlu berubah seiring landskap pendidikan dunia
Kerangka pendidikan tinggi negara ini perlu diubah mengikut kehendak semasa seiring perubahan landskap pendidikan dunia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
PM mahu universiti diberi lebih ruang hasilkan idea baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) diberi ruang dan kelonggaran untuk mewujudkan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan negara.