awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu

Bernama
Bernama
04/07/2024
04:40 MYT
Kerani firma guaman didakwa rasuah kenalan untuk buat laporan polis palsu
Tertuduh diiringi pegawai SPRM di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, 4 Julai 2024. -Bernama
MELAKA: Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dakwaan memberi suapan kepada seorang kenalannya untuk membuat laporan polis palsu bagi tuntutan kemalangan jalan raya, tujuh tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Kerani firma guaman, R. Selvarajah, 59, didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Abdul Karim Mohamad untuk membuat laporan polis palsu bagi tuntutan kemalangan jalan raya di antara 10 hingga 31 Mei 2017 di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya.
  • Selvarajah didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
  • Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos depan untuk serahan dokumen serta membenarkan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

R. Selvarajah, 59, didakwa secara rasuah memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada Abdul Karim Mohamad sebagai dorongan kepada lelaki berkenaan untuk membuat laporan polis palsu pada 11 Mei 2017.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya di sini antara 10 hingga 31 Mei 2017.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri ke Pejabat SPRM Melaka sebulan sekali serta pasport diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam tertuduh R. Nahdan memohon jaminan dikurangkan memandangkan Selvarajah menanggung seorang anak yang masih belajar manakala isterinya menghidap kanser.
Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos depan untuk serahan dokumen serta membenarkan syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#R Selvarajah
#Abdul Karim Mohamad
#SPRM
#laporan polis palsu
#tuntutan kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan