awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerap guna gajet antara punca masalah kesihatan mental kanak-kanak - Dr Noradilah

Faida Rahim
Faida Rahim
21/02/2023
10:51 MYT
Kerap guna gajet antara punca masalah kesihatan mental kanak-kanak - Dr Noradilah
Dr Noradilah Md Nordin menegaskan isu ini perlu dipandang serius semua pihak terutama ibu-bapa termasuk pihak sekolah.- Foto UMP
KUALA LUMPUR: Kekerapan bergantung kepada gajet sehingga ketagihan antara faktor utama kanak-kanak masa kini berdepan dengan masalah kesihatan mental.
Pengarah Pusat Sejahtera Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ( SAffAD ), Universiti Malaysia Pahang, Dr Noradilah Md Nordin memaklumkan isu ini perlu dipandang serius semua pihak terutama ibu-bapa termasuk pihak sekolah.
“Kalau kanak-kanak itu kerap gunakan gajet dalam tempoh yang lama boleh menimbulkan masalah ketagihan seterusnya membawa kepada punca sebenar masalah kesihatan mental.
“Ini disebabkan ketidakmatangan penggunaan media sosial yang seharusnya dipantau oleh ibu-bapa. Contohnya mereka tidak tahu apa yang boleh, apa yang tidak boleh dikongsi di Instagram atau TikTok. Ia akan berakhir dengan masalah kemurungan apabila menerima kritikan hebat dari netizen,” katanya kepada Astro AWANI.
Pantau Kerajaan Baharu: Golongan remaja, kanak-kanak dan risiko kesihatan mental
Dr Noradilah turut memberi contoh sekiranya kanak-kanak itu berdepan dengan masalah obesiti dan memuat naik gambar di media sosial, dia berhadapan kemungkinan menerima kritikan atau kecaman yang tidak sepatutnya daripada pengguna yang lain.
“Bayangkan anak kita berdepan dengan berat badan berlebihan, gambar pula mengundang komen negatif. Dia akan rasa stres, murung, dan itulah punca sebenarnya kenapa kanak-kanak sekarang terdedah kepada isu kesihatan mental iaitu ketagihan menggunakan gajet,” katanya.
Dalam pada itu, ujian saringan stres, kebimbangan dan kemurungan (DASS) antara langkah awal yang boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar di sekolah.
“Sama ada mereka di peringkat rendah, sederhana atau tinggi, sekiranya pelajar dikenal pasti mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi, maka murid perlu menjalani sesi kaunseling dengan guru bimbingan untuk mengesan gejala lebih awal,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kesihatan mental
#TikTok
#Kanak-kanak
#Dr Noradilah Md Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan