awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPJ Pulau Pinang sita 73 kereta mewah bernilai lebih RM10 juta dalam Op Luxury
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan krematorium diraja Ratu Sirikit dijangka siap dalam tempoh 11 bulan

Agensi
Agensi
29/10/2025
09:50 MYT
Pembinaan krematorium diraja Ratu Sirikit dijangka siap dalam tempoh 11 bulan
Persiapan upacara pembakaran diraja bagi mendiang Ratu Sirikit sedang giat dijalankan, dengan pembinaan krematorium baharu dijangka siap dalam tempoh 11 bulan. -Foto fail/Reuters
BANGKOK: Persiapan bagi upacara pembakaran diraja bagi menghormati mendiang Seri Paduka Baginda Ratu Sirikit sedang giat dijalankan, dengan pembinaan krematorium baharu dijangka siap dalam tempoh kira-kira 11 bulan.

Ringkasan AI
  • Persiapan upacara pembakaran diraja bagi mendiang Ratu Sirikit sedang giat dijalankan, dengan pembinaan krematorium baharu dijangka siap dalam tempoh 11 bulan.
  • Lapan jawatankuasa ditubuhkan untuk menyelaras aspek perarakan, keselamatan, bajet dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan orang awam.
  • Perdana Menteri Thailand arahkan kemudahan pengangkutan dan penginapan disediakan untuk rakyat yang hadir, manakala acara kebudayaan lain boleh diteruskan secara berhemah.

Menurut Menteri Kebudayaan, Sabeeda Thaised, Jabatan Seni Halus kini sedang memeriksa pedati dan tandu diraja bagi memastikan struktur dan hiasannya berada dalam keadaan sempurna.
Beliau berkata, draf reka bentuk bagi krematorium diraja dijangka siap dalam tempoh dua bulan sebelum dikemukakan untuk perkenan diraja, manakala kerja pembinaannya dijangka mengambil masa sembilan bulan selepas kelulusan itu diberikan.
Menurut Bangkok Post, garis masa tersebut diumumkan selepas lapan jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras persiapan upacara persemadian diraja itu.
Setiap jawatankuasa mempunyai tugasan berbeza, termasuk mengawasi perarakan diraja, keselamatan dan lalu lintas serta penyeliaan bajet.
Sebuah pusat penyelarasan utama turut ditubuhkan bagi memastikan kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta dan orang awam sepanjang istiadat berlangsung.
Sabeeda berkata, acara tradisional dan kebudayaan di seluruh negara boleh diteruskan seperti biasa, namun beliau menasihatkan penganjur supaya berhemah dalam penganjuran.
Perdana Menteri Anutin Charnvirakul turut mengarahkan semua agensi berkaitan supaya menyediakan kemudahan termasuk pengangkutan dan penginapan kepada rakyat yang menghadiri upacara persemadian diraja itu.
Topic Berkaitan
#ratu sirikit
#thailand berkabung
#upacara pembakaran diraja
#pembinaan krematorium baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan