awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerat ibu 15 bahagian: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
05/06/2022
11:59 MYT
Kerat ibu 15 bahagian: Luka tetak, potong punca kematian warga emas - Polis
Mior Faridalathrash berkata proses bedah siasat ke atas keratan mayat wanita berusia 68 tahun itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini. - Foto Astro AWANI
IPOH: Hasil bedah siasat ke atas keratan mayat wanita warga emas yang dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman Kerian, Parit Buntar mendapati punca kematiannya adalah akibat luka tetakan dan potongan pada tubuh.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata proses bedah siasat ke atas keratan mayat wanita berusia 68 tahun itu dijalankan di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Ahad.
"Tubuh mangsa telah dipotong hingga putus kepada 15 bahagian termasuk kepala, tangan, kaki dan organ badan yang lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, suspek iaitu anak lelaki mangsa yang berusia 42 tahun direman selama empat hari, bermula Ahad.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada Sabtu, polis menahan suspek susulan penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu kira-kira 3.30 petang.
BACA: Anak tidak dapat rawatan masalah mental susulan - Polis
BACA: Ibu dikerat 15, dibuang dalam tangki kumbahan
Mangsa hanya tinggal berdua bersama suspek di rumah itu sejak 12 tahun lepas selepas suaminya meninggal dunia dan mereka menjalankan urusan jual beli barangan terpakai.
Polis turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang yang dipercayai digunakan suspek bagi melakukan pembunuhan gara-gara tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka mendiang bapanya.
Suspek yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik pernah menerima rawatan sebagai pesakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang 20 tahun lepas namun tidak menerima rawatan susulan.
Topic Berkaitan
#kerat ibu
#parit buntar
#Mior Faridalathrash
#bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan