awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerbau 'buat hal' di Jonker Walk, anggota bomba cedera disondol

S Arutchelvan
S Arutchelvan
13/11/2019
12:17 MYT
Kerbau 'buat hal' di Jonker Walk, anggota bomba cedera disondol
Kerbau terbabit berjaya ditembak mati dan berjaya ditenangkan dan jalan raya di sekitar Jonker Walk dibuka semula setelah ditutup lebih kurang sejam. - Foto Astro AWANI
Gara-gara seekor kerbau sesat di Jalan Tun Tan Cheng Lock, berhampiran Jonker Walk, Melaka pagi tadi, dua anggota bomba dan seorang pekerja sebuah hotel mengalami kecederaan.
Kejadian sekitar 7.20 pagi itu disedari oleh penjaga hotel berkenaan yang bertindak terjun dari bangunan hotel itu, ekoran panik dengan kehadiran haiwan liar tersebut.
Difahamkan, kerbau liar itu mula dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan Jonker Walk sejak lewat petang semalam dan merosakkan beberapa harta awam termasuk cermin dan pagar hotel berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ekoran kejadian itu dengan bantuan pasukan Jabatan Veterinar Negeri Melaka, kerbau jantan seberat kira-kira 700 kilogram itu berjaya ditumbangkan selepas terkena satu tembakan.
“Kerbau berjaya ditembak mati dan berjaya ditenangkan dan jalan raya di sekitar Jonker Walk dibuka semula setelah ditutup lebih kurang sejam dan bangkai binatang tersebut dibawa ke rumah sembelih di Jasin sementara kami mendapatkan maklumat lanjut mengenai tuan punya kerbau ini. Setakat ini semua okay.
“Kecederaan, salah seorang pekerja galeri berkenaan cedera di tangan dan cedera ringan dan dua orang anggota bomba kita juga cedera di tangan dan juga pinggul akibat disondol binatang mengamuk tadi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, pihak polis juga sedang mengesan pemilik haiwan berkenaan dan menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat.
Topic Berkaitan
#bomba
#cedera
#Jalan Tun Tan Cheng Lock
#Jonker Walk
#kerbau
#kerbau mengamuk
#Melaka
#polis
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan