awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di Sibu

Bernama
Bernama
12/03/2021
14:16 MYT
Kereta dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di Sibu
Dua jentera dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan. - Gambar/ Media sosial
SIBU: Sebuah kereta yang diparkir di tempat letak kereta Dataran Tuanku Bujang di sini rosak selepas dihempap pokok besar yang tumbang dalam satu kejadian ribut petang tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sibu Jangan Muling yang mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan di sini malam ini berkata dua jentera dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada 5.25 petang.
"Semasa sampai di lokasi, didapati beberapa batang pokok di sekitar kawasan dataran itu telah tumbang akibat angin yang kencang. Beberapa batang pokok tumbang di atas jalan menyebabkan laluan terhalang dan sebatang pokok tumbang menghempap sebuah kenderaan yang berada di kawasan letak kereta," katanya.
Walau bagaimanapun, beliau berkata tiada kemalangan jiwa atau kerosakan lain dilaporkan semasa ribut itu dan pihaknya melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang tersebut dengan bantuan kontraktor Majlis Perbandaran Sibu.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu sehingga 1 pagi, 13 Mac.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#bomba
#Sibu
#kereta
#dihempap pokok besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan