awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta perisai APC Condor diabadi sebagai monumen di Lubnan

Bernama
Bernama
17/07/2015
23:37 MYT
Kereta perisai APC Condor diabadi sebagai monumen di Lubnan
Monumen yang dikenali sebagai 'The Condor' itu merupakan pengiktirafan ke atas kenderaan tersebut yang telah berbakti sejak sekian lama bersama Malbatt yang menyertai misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).. - Gambar Fail
Sebuah kereta perisai APC Condor diabadikan sebagai tugu di kawasan penempatan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-2, Lubnan bagi mengiktiraf jasa kenderaan itu.
Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu kenyataan berkata monumen yang dikenali sebagai 'The Condor' itu merupakan pengiktirafan ke atas kenderaan tersebut yang telah berbakti sejak sekian lama bersama Malbatt yang menyertai misi di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Monumen tersebut dirasmikan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang berada di penempatan berkenaan bagi menyambut Aildilfitri bersama lebih 850 anggota Malbatt 850-2 yang diketuai Komander Kolonel Khaswadi Lahuri.
"Ketika majlis perasmian dilancarkan, 48 belon berwarna putih dan biru dilepaskan menandakan sebanyak 48 buah APC Condor berkhidmat dalam misi Pasukan Interim PBB (Unifil)," kata kenyataan itu.
Sebanyak 34 ekor burung merpati turut dilepas sebagai tanda 34 tahun kenderaan tersebut berkhidmat di bawah misi PBB sejak 1981.
Kehadiran Zulkifeli dilapor sebagai memberi sokongan moral kepada anggota Malbatt yang bertugas semasa Aidilfitri.
Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk membakar lemang, menganyam ketupat, memasak rendang kawah dan mengacau dodol serta sumbangan turut disampaikan kepada anggota di markas dan pos barisan hadapan seperti EP 00 dan UNP 6-40 Harris, menurut kenyataan itu.
Zulkifeli juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Angkatan Tentera Lubnan, Jen Jean Kahwagi.
Topic Berkaitan
#APC Condor
#lubnan
#MALBATT
#Zulkifeli Mohd Zin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan