awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta polis Seat di Itali dengan kemampuan kalis peluru

Astro Publication
Astro Publication
24/11/2015
04:17 MYT
Kereta polis Seat di Itali dengan kemampuan kalis peluru
Bukanlah luar biasa jika sebuah pasukan polis nasional memilih untuk menggunakan kereta peronda yang dihasilkan syarikat tempatan. Lihat sahaja PDRM yang (majoritinya) menggunakan Proton, Jepun dengan Toyota-nya, Korea dengan Hyundai-nya, Amerika dengan Ford-nya dan macam-macam lagi. Itali pula menggunakan kereta peronda Fiat dan Alfa Romeo, selain Seat. Kejap… kan Seat syarikat Sepanyol? Kenapa juga digunakan di itali? Jawapannya mungkin kerana Fiat adalah rakan teknikal Seat sewaktu penubuhannya pada tahun 50-an, jadi ada hubungan antara kedua-dua jenama tersebut. Walaupun jalinan ini sudah tidak wujud lagi sejak 1982, tidak ada penghalang untuk mana-mana pasukan polis untuk menggunakan jenama kereta yang sesuai.
Model terbaharu yang digunakan polis Itali adalah Seat Leon 2.0 TDI, dan ada diantaranya mempunyai spesifikasi kalis peluru. Dan Seat menghasilkan sebuah video untuk menerangkan kemampuan ini.
Cermin kereta ini diperkuatkan serta mempunyai ketebalan 22mm yang mampu menahan peluru berkelajuan 1,400km/j. Pintu-pintu pula menerima perlindungan balistik tahap B4 yang boleh menahan tembakan daripada peluru Magnum 44 dan 357.
Kemudian batu-batu besar ‘dilontar’ secara terkawal ke arah cermin tepi dan walaupun cermin tersebut retak, ia tidak terus pecah. Penelitian mendapati yang penumpang yang mungkin ada di dalam kereta akan selamat daripada ‘serangan’serangan’ tersebut tanpa kecederaan. Memandangkan pasukan polis ada keperluan-keperluan khusus untuk operasi harian, kereta ini juga mendapat ubahsuai kabin. Sebagai contoh bawah bumbung tersimpan senjata-senjata dan juga baju kalis peluru. Selain itu peralatan seperti radio, penjejak GPS serta pelbagai suis kawalan termasuk untuk lampu sorot dan pintu juga perlu dipasang khas. Juga penting adalah ruang khusus untuk membawa yang tertangkap di kerusi belakang. Hanya setelah menepati segala keperluan ini, barulah Seat Leon ini layak untuk berkhidmat di dalam pasukan polis Itali.
[Pasukan polis Itali terdiri daripada pelbagai cabang. Seat Leon 2.0 TDi ini direka untuk kegunaan dua cabang utama – Polizia di Stato (polis nasional dan sivil utama) dan Carabinieri (polis tentera yang juga mempunyai kuasa kepolisian ke atas rakyat biasa]
Topic Berkaitan
#
#seat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan