KUALA LUMPUR: Sebuah kereta remuk teruk selepas dihempap bahan binaan yang terjatuh di Jalan Ampang di ibu negara pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi tadi

Mujurlah ketika kejadian, pemandu kenderaan itu berada di dalam sebuah premis serbaneka untuk membeli barangan.

Bagaimanapun, objek dipercayai sekeping besi staging digunakan untuk binaan bangunan 80 tingkat terjatuh dari tingkat 56 dan menghempap bahagian atas kenderaan terbabit.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.