awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta rosak, tangki gas stesen minyak bocor dihempap dinding konkrit runtuh

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/04/2021
09:41 MYT
Kereta rosak, tangki gas stesen minyak bocor dihempap dinding konkrit runtuh
Runtuhan tanah dan dinding konkrit sepanjang 130 x 10 kaki persegi telah menghempap sebuah kereta Proton Wira. Gambar ihsan JBPM
GEORGE TOWN: Sebuah kereta rosak dihempap dinding konkrit selepas berlaku runtuhan tanah di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, di sini pada Khamis.
Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang memaklumkan, menerima panggilan berhubung kejadian runtuhan tanah itu kira-kira pukul 12.41 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Sebaik tiba, anggota bomba mendapati berlaku runtuhan tanah dan dinding konkrit sepanjang 130 x 10 kaki persegi telah menghempap sebuah kereta Proton Wira namun tiada mangsa terlibat.
''Pemeriksaan juga mendapati berlaku kebocoran pada tangki gas stesen minyak berkenaan.
''Susulan itu, anggota bomba telah menjalankan kerja-kerja menghentikan kebocoran pada tangki gas yang terlibat untuk mengelakan kebakaran berlaku," kata pasukan keselamatan itu dalam kenyataan hari ini.
Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut dan operasi pemantauan dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak sementara menunggu maklum balas daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang turut mengesan kebocoran pada tangki gas stesen minyak di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, George Town pada Khamis.  - Gambar ihsan JBPM
Pasukan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang turut mengesan kebocoran pada tangki gas stesen minyak di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, George Town pada Khamis. - Gambar ihsan JBPM
Topic Berkaitan
#dinding konkrit runtuh
#kereta rosak
#tangki gas stesen minyak bocor
#Gelugor
#George Town
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan