awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta terbabas dalam parit, pemandu maut

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/12/2019
08:19 MYT
Kereta terbabas dalam parit, pemandu maut
Kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit. - Foto orang awam
Seorang lelaki lemas selepas kereta yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di Kuala Bagan Tiang, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Jamil Jaafar, 31 tahun, berjaya dikeluarkan dari kenderaannya oleh orang awam.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Dep Supt Sanusi Salleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pekan Tanjung Piandang.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam tadi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#hilang kawalan
#kereta
#lemas
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#parit
#parit buntar
#polis
#Sanusi Salleh
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan