awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja 6 jam: Dahulukan pindaan Akta Kerja - MTUC

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
07/09/2016
11:06 MYT
Kerja 6 jam: Dahulukan pindaan Akta Kerja - MTUC
Menurut Gopal, pindaan kepada perkara-perkara penting seperti had jam bekerja dalam seminggu perlu didahulukan berbanding usaha untuk merangka pelan holistik. - Gambar fail
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya mengambil langkah segera bagi meminda Akta Kerja.
Ini kerana, menurut Setiausaha Agungnya N. Gopal Kishnam, pindaan kepada perkara-perkara penting seperti had jam bekerja dalam seminggu perlu didahulukan berbanding usaha untuk merangka pelan holistik.
"Namun, kami di MTUC menyambut baik kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot untuk memperkenalkan sistem kerja waktu anjal.
"Ini adalah baik terutamanya untuk golongan ibu muda dan juga suri rumah yang ingin bekerja namun terpaksa meletakkan jawatan bagi memberi perhatian penuh kepada keluarga," kata Gopal.
Tambah beliau lagi, pendekatan holistik akan mengambil masa yang lama sedangkan pindaan penting ke atas Akta Kerja boleh dicadangkan oleh Menteri dalam kadar masa yang lebih singkat.
"Jika kita ingin mengambil pendekatan holistik, banyak perkara yang harus dinilai semula dan ini akan memakan masa yang lama.
"Lebih baik untuk memberi perhatian kepada perkara-perkara penting seperti meminda had 48 jam bekerja seminggu kepada 40 jam seminggu sebagai langkah permulaan," kata Gopal.
Pada Selasa, Datuk Seri Richard memaklumkan Kementerian Sumber Manusia dalam proses merangka satu pelan holistik dalam usaha untuk menilai semula sistem bekerja dalam negara.
Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa turut menyatakan kerajaan akan mengkaji pengurangan waktu bekerja untuk sektor awam.
Topic Berkaitan
#6 jam bekerja
#cuepacs
#kerja enam jam
#kesatuan sekerja
#MTUC
#waktu bekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan