Kerja meroboh kompleks perniagaan Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah telah bermula dan dijangka selesai menjelang Mac ini.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kerja pembinaan semula kompleks perniagaan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.
“Pembinaan semula kompleks Pekan Rabu bertujuan memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga dengan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan ke arah yang lebih kondusif,” kata Ahmad Bashah pada sidang media di Dewan Utama Kompleks Perniagaan Ukir Mall di sini siang tadi.
Pembinaan semula kompleks tersebut yang bermula sejak penghujung Disember tahun lalu itu dijangka siap dan sedia diduduki oleh para peniaga menjelang akhir 2016 nanti.
Sehingga kini, kerja meroboh kompleks tersebut sudah menjangkau 30 peratus. Kerja-kerja menanam cerucuk pula dijangka akan bermula sekitar April depan.
Menurut Ahmad Bashah, seramai 370 peniaga telah dipindahkan ke Ukir Mall pada awal Disember lepas bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks baru setinggi empat tingkat yang bernilai lebih RM55 juta itu.
Malah, keputusan kerajaan negeri menempatkan peniaga Pekan Rabu di Ukir Mall secara sementara merupakan keputusan yang tepat.
Difahamkan, bilangan pengunjung juga makin bertambah dari semasa ke semasa terutamanya pada hari minggu dan cuti persekolahan.
Ini berikutan terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di penempatan sementara itu seperti ruang yang kondusif serta bangunan yang berhawa dingin bagi keselesaan serta kemudahan pengunjung serta peniaga itu sendiri.
Astro Awani
Sun Jan 25 2015
Seramai 370 peniaga telah dipindahkan ke Ukir Mall pada 1 Dis lepas bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks baru setinggi empat tingkat dan bernilai RM55.57 juta.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.