awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja naik taraf Jalan Alor dilakukan secara berperingkat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/07/2013
12:24 MYT
Kerja naik taraf Jalan Alor dilakukan secara berperingkat
Ahmad Phesal Talib
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang akan dilakukan secara berperingkat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, ia dilakukan agar tidak menganggu aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun jelasnya kerjasama komuniti diperlukan supaya kerja yang dilakukan berjalan lancar.
"Kita akan buat secara berfasa untuk memastikan tidak ada penempatan semula komuniti di situ, cuma apa yang kami (DBKL) perlukan adalah kerjasama mereka untuk membolehkan kerja menaik taraf dijalankan,”
“Daripada awal lagi kita tegaskan ini adalah usaha DBKL untuk menaik taraf kawasan berkenaan tetapi dalam masa sama memastikan tiada sebarang penempatan semula peniaga” katanya selepas mengagihkan bubur lambuk kepada kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di lobi Pejabat DBKL di sini.
Katanya, Jalan Alor yang menjadi tumpuan penggemar masakan Cina akan dinaik taraf sebagai syurga makanan bertaraf antarabangsa.
Projek bernilai RM12 juta itu akan bermula November ini dan dijadual siap Ogos tahun depan.
Ia membabitkan penyusunan semula gerai makanan dan menyediakan laluan pejalan kaki.
Selain itu, DBKL juga akan menyediakan tempat letak kereta yang lebih sistematik bagi mengatasi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ahmad Phesal Talib
#Jalan Alor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan