Anggota keselamatan dan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan di laluan ke Grand Ion D'Elemen, Gloria Residents dan Amber Court berdepan risiko kerana masih terdapat pergerakan tanah.
Pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau setiap kerja-kerja pembersihan.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani buat masa ini keadaan masih terkawal.
“Bagaimanapun arus air dan tanah di kawasan sekitar masih menunjukkan berlaku pergerakan.
“Ketika ini kami memantau kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor hotel Ion D’Elemen dan akan memastikan jalan yang dibuat itu adalah untuk pejalan kaki.
“Kami juga tidak akan benarkan sebarang kenderaan melalui jalan tersebut. Ini kerana masih terdapat risiko di mana ada pergerakan kecil yang kita lihat dan ia membahayakan,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
BACA: Laluan ke Amber Court Genting Highlands terhalang akibat tanah runtuh
Jelasnya lagi, kerja-kerja pembersihan akan dihentikan jika terdapat pergerakan yang serius dan boleh mengancam nyawa pasukan penyelamat
Pihak bomba juga menganggarkan lebih 200 penghuni di tiga premis berkenaan masih berada dalam bangunan tersebut dan gagal untuk ke luar dari kawasan premis berkenaan.
Sementara itu, menurut Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hasin, kesemua mereka yang telah melakukan daftar keluar tengah hari Selasa dijangka akan dapat menggunakan laluan lewat malam ini.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan laluan ke kawasan pelancongan Genting Highlands tidak terjejas.
Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil siasatan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Nov 05 2019

Anggota keselamatan dan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan tanah runtuh berdepan risiko kerana masih terdapat pergerakan tanah. Foto: Astro AWANI/ Raja Hisyam Raja Zaid

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Global | Alexei Navalny ditahan di Moscow
Pemimpin pembangkang Rusia ditahan langgar syarat hukuman penjara Pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny ditahan di Lapangan Terbang Moscow sebaik tiba dari Jerman pada Ahad. Pegawai Penjara Rusia memaklumkan penahanan itu adalah disebabkan pelanggaran syarat parol dan penangguhan hukuman penjara.

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'
Keadaan monsun telah bergerak ke Bornei iaitu Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini telah menerima hujan lebat ketika ini.

Keselamatan AS | Menjelang angkat sumpah Biden, kawalan diperketat
Menjelang angkat sumpah jawatan Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat. Ancaman kumpulan ekstremis yang dijangka melakukan demontrasi di bangunan-bangunan pentadbiran mendorong beberapa Gabenor mengerahkan kekuatan anggota keselamatan. Ini berlaku kurang dua minggu pasca rusuhan di bangunan Capitol Hill di Washington.

Tangguh Sekolah | Langkah wajar bendung COVID-19
Sementara itu, walaupun kecewa susulan penangguhan sesi persekolahan bagi sesi 2021, namun ada ibu bapa berpendapat ia langkah terbaik membendung wabak COVID-19. Mereka menyifatkan penangguhan jadual persekolahan sesuatu yang wajar dilakukan ketika wabak tersebut terus menunjukkan peningkatan kes ketika ini.

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini
Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Peperiksaan Utama | Apa langkah tingkatkan motivasi pelajar?
Timbul pula kemungkinan pelajar-pelajar ini sudah berputus asa untuk belajar dan hilang keyakinan untuk menghadapi SPM. Jadi apa yang perlu dilakukan? Untuk itu kita bersama pensyarah di Jabatan Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian, Pendidikan, UPM, Prof. Dr. Siti Aishah Hassan.

Amaran cuaca buruk di pantai barat Sabah sehingga esok - MetMalaysia
MetMalaysia turut menyatakan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat juga dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak.

PKPD di Amber Court Apartment, Ria Apartment dilanjutkan sehingga 6 Jan
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Terdapat risiko berlaku tanah runtuh susulan di Genting Highlands
Terdapat risiko berlakunya tanah runtuh sekali lagi di beberapa kawasan di Genting Highlands terutamanya di kawasan berlakunya tanah runtuh pada Selasa.

Penginap kediaman di lokasi tanah runtuh Genting Highlands diiring pasukan keselamatan
Laluan berkenaan, yang berlaku kejadian tanah runtuh pada petang Selasa, masih lagi belum dapat dibersihkan sepenuhnya sehingga lewat malam.

Kerja pembersihan tanah runtuh Genting Highlands berdepan risiko
Anggota keselamatan dan pekerja-pekerja yang melakukan pembersihan tanah runtuh berdepan risiko kerana masih terdapat pergerakan tanah.

Laluan ke Amber Court Genting Highlands terhalang akibat tanah runtuh
Kejadian tanah runtuh itu telah menyebabkan jalan dua hala terputus antara Jalan Amber Court dan jalan menuju ke Hotel Grand Ion D'Elemen.