awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama keselamatan di Laut Sulu dilancarkan pada Jun

Bernama
Bernama
16/05/2017
06:03 MYT
Kerjasama keselamatan di Laut Sulu dilancarkan pada Jun
Kerjasama trilateral di perairan Laut Sulu bertujuan menangani cabaran keselamatan semasa seperti penculikan untuk tebusan.
Kerjasama antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bagi melaksanakan rondaan dan pemantauan bersama di Laut Sulu dijangka dilancarkan Jun ini.
Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Datuk Anuwi Hassan berkata kerjasama trilateral di perairan itu bertujuan menangani cabaran keselamatan semasa seperti penculikan untuk tebusan.
Anuwi berkata pelancaran akan dilakukan menteri pertahanan dari ketiga-tiga negara.
"Kehadiran kapal dan pesawat udara dari tiga buah negara ini diharap dapat membendung kejadian jenayah maritim seterusnya memastikan Laut Sulu selamat untuk kapal dagang," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Serantau Mengenai Undang-Undang Konflik Bersenjata di Laut Edisi Keempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Delegasi Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Isabelle Barras.
Seramai 28 pegawai kanan tentera laut dari rantau Asia Pasifik menyertai bengkel itu anjuran bersama TLDM, UPNM dan ICRC selama lima hari, bermula semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anuwi Hassan
#jenayah
#kawalan
#keselamatan
#Laut Sulu
#Malaysia
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan