awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2022
06:13 MYT
Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Sutekno (tengah) bersama ADUN Bukit Ibam mencuba permainan interaktif sempena dengan Hari Pengekalan Kepulihan Klien AADK di Felda Keratong 3, Rompin, Pahang pada Selasa - Foto/AADK
ROMPIN: Kerjasama dan kesepaduan masyarakat setempat dalam menyokong kepulihan bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengekalkan operasi Kawasan Inisiatif Bersepadu (KIB) dalam tempoh dua tahun.
Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berkata, usaha itu turut membawa kepada kejayaan pengekalan penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) dan menyokong klien AADK bagi program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) kekal pulih di kawasan berkenaan.
“Saya telah dibawa melawat ke beberapa buah projek di bawah inisiatif KIB yang lepas dan masih kekal beroperasi dalam dua tahun ini iaitu penternakan arnab dan kambing serta pembuatan tanjak.
“Melalui kerjasama dan sokongan semua pihak, taraf hidup penduduk Felda Keratong telah berubah ke arah yang lebih baik. Apa yang lebih membanggakan adalah meningkatnya kesejahteraan hidup masyarakat di sini apabila masalah-masalah dadah dan pelencongan sosial semakin berkurangan.
“Semua ini adalah hasil kerjasama dan kesepaduan gerak kerja antara masyarakat Felda Keratong ini sendiri dengan pihak AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan atau agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya dalam majlis Hari Pengekalan Kepulihan Klien AADK, di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datin Shamsiah Arshad, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan serta Pengarah AADK Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam.
Sutekno (tengah) melihat gelagat kanak-kanak yang hadir menyertai aktiviti sempena Hari Pengekalan Kepulihan Klien AADK di Felda Keratong 3, Rompin, Pahang
Sutekno (tengah) melihat gelagat kanak-kanak yang hadir menyertai aktiviti sempena Hari Pengekalan Kepulihan Klien AADK di Felda Keratong 3, Rompin, Pahang
Dalam pada itu, Sutekno berkata, walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberikan apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti dan masyarakat setempat.
“Kita haruslah peka dan cakna dengan setiap perubahan dalam kalangan ahli komuniti kita. Andai berlaku sebarang perubahan yang negatif, kita perlu bertindak secara bersama untuk menghalang daripada perkara ini terus berlaku,” katanya.
Tambahnya lagi, program yang dianjurkan AADK Pahang itu juga amat bertepatan dengan objektif pelaksanaan KIB iaitu mendayaupaya dan pemilikhakkan peranan komuniti bagi mengekalkan kesejahteraan hidup rakyat.
Topic Berkaitan
#Sutekno Ahmad Belon
#AADK
#bekas penagih dadah
#berita hari ini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.