KANGAR: Peranan rakyat Perlis yang sentiasa memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha kerajaan memerangi COVID-19 serta pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) adalah kunci kepada kejayaannya menjadi antara negeri terawal beralih ke Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata mengikut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perlis mencatat kadar pematuhan SOP yang tertinggi iaitu melebihi 97 peratus.
"Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama semua rakyat Perlis tidak kira sama ada rakyat biasa, petugas barisan hadapan, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan kakitangan kerajaan yang sama-sama berkerja keras selama ini membawa Perlis ke Fasa Tiga PPN.
"Semua orang telah memainkan peranan... setiap orang adalah 'hero' di sini," katanya ketika dihubungi Bernama, sebagai mengulas pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bahawa Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa Tiga PPN bermula Rabu ini.
Beliau seterusnya menasihati rakyat Perlis agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, kerana COVID-19 tidak hilang sepenuhnya, ia akan sentiasa ada.
BACA: Perlis bakal beralih ke Fasa Tiga PPN - Menteri Besar
BACA: Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 PPN bermula 4 Ogos - PM
"Kita perlu belajar mengubah cara hidup dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan sebagai norma hidup yang baharu bagi mengelak risiko jangkitan," katanya.
Sementara itu rata-rata orang ramai yang ditemui menyifatkan pengumuman Perdana Menteri itu sebagai satu berita gembira buat semua rakyat Perlis.
Seorang penjawat awam Norhafizah Saidin, 50, ketika dihubungi berkata kejayaan ini adalah hasil usaha bersama rakyat perlu dalam mematuhi SOP selama ini.
"Terima kasih buat Menteri Besar dan pihak petugas barisan hadapan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkerja keras selama ini demi rakyat," kata ibu kepada seorang anak itu.
Turut berkongsi kegembiran ialah pengusaha restoran yang hanya ingin dikenali sebagai Yana, yang berharap peniagaan kedai makannya akan kembali meriah selepas ini.
"Pendapatan saya hanya cukup makan sebelum ini..Alhamduillah apabila orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai ia dapat membantu kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021
Mengikut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perlis mencatat kadar pematuhan SOP yang tertinggi iaitu melebihi 97 peratus. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis
Zahidi berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Perlis dijangka jimat lebih RM113,000 setahun melalui pemasangan panel solar fotovoltik
Penjimatan itu amat penting kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada pentadbiran lebih cekap dengan penggunaan tenaga hijau yang lebih efisien.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Tiga pelajar SMK Guar Nangka hasilkan bateri biojisim daripada hampas tebu
Penampilan bateri biojisim yang memanfaatkan hampas tebu sebagai sumber tenaga, hasil inovatif tiga pelajar SMK Guar Nangka menang pingat emas pertandingan inovasi Karnival MSN Perlis.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.