MELAKA: Kerjasama strategik pelbagai pihak merangkumi kementerian, kerajaan negeri, penggiat industri dan sokongan rakyat penting dalam tempoh tiga tahun ini bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata justeru, semua persiapan berstrategi dan efisien untuk mengaktifkan kempen VM 2026 perlu dimulakan bagi memastikan ia berjaya agar mampu memberi impak ekonomi secara optimum sekali gus memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama global.
Beliau berkata ia penting memandangkan kementeriannya menyasarkan kehadiran 35.6 juta pelancong asing sempena VM 2026 dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion.
"Malaysia amat kaya dengan tarikan pelancongan termasuk keindahan alam semula jadi, budaya dan kesenian yang pelbagai namun malangnya, terdapat sesetengah negeri yang memandang remeh perkara ini serta tidak mengambil peluang untuk mengoptimumkan sumber pelancongan yang ada bagi memajukan industri ini.
"Mungkin ada yang tidak sedar industri pelancongan juga antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara malah lebih membimbangkan apabila tarikan pelancongan domestik turut bergerak perlahan sehingga dilihat tidak mempunyai daya saing berbanding negara jiran," katanya.
Tiong berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka (TMM 2024) dan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Pengkalan Rama di sini yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan barisan kepimpinan negeri.
Ia turut disiarkan secara langsung ke Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China yang mempunyai 58 juta penduduk.
Tiong juga berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya amat mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Negeri Melaka yang menganjurkan TMM 2024 dengan menyediakan lebih 70 acara bagi menyambut kedatangan pelancong.
Beliau berkata pihaknya menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Melaka dalam penganjuran acara mega bertaraf antarabangsa iaitu Hari Pelancongan Sedunia dan Persidangan Pelancongan Sedunia dari 27 hingga 29 Sept 2025 yang dilihat mampu memberi impak positif kepada negara.
Ab Rauf dalam ucapannya pula berkata penganjuran sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 bersekali dengan pelancaran TMM 2024 mampu merancakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Beliau juga berkata kerajaan negeri mengambil inisiatif bagi membangunkan semula sektor pelancongan menerusi pelbagai strategi, inisiatif dan gerak kerja yang selaras dengan hala tuju pembangunan Melaka untuk muncul sebagai antara tiga destinasi pelancongan popular di Malaysia serta terunggul di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 01 2024
Penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turut membuat persembahan pada malam Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama, Melaka, malam tadi. --fotoBERNAMA
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Murid 12 tahun antara 478 ditahan dalam operasi lumba haram malam tahun baharu
Seorang pelajar berusia 12 tahun antara 478 individu ditahan dalam operasi lumba haram ketika menyambut Tahun Baharu 2024 di Bandaraya Alor Setar awal pagi Isnin.
Lupakan sambutan bunga api demi Palestin
Bukan hanya orang dewasa malah kanak-kanak dan pengunjung bukan Muslim termasuk pelancong asing turut hadir bagi menzahirkan solidariti.
Bendera Sarawak kini dikenali sebagai Ibu Pertiwi - Abang Johari
Sebelum ini bendera Sarawak tidak mempunyai sebarang nama tersendiri seperti bendera Malaysia yang digelar Jalur Gemilang.
Barisan menteri doakan kesejahteraan rakyat, komited terus majukan negara
Seluruh rakyat Malaysia diajak bersama bersatu padu dan bekerja keras demi memastikan Malaysia yang lebih gemilang bagi generasi masa depan.
PDRM laksana operasi ambang tahun baharu besar-besaran seluruh negara
Operasi itu melibatkan 4,378 pegawai dan anggota PDRM selain pelbagai agensi penguat kuasa lain.
Aktiviti keagamaan, riadah bersama keluarga warnai sambutan ambang tahun baharu 2024
Ketibaan Tahun Baharu 2024 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas kejam oleh rejim
Ambang Tahun Baharu 2024: Rapid KL lanjut waktu operasi, tambah kekerapan tren
Lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL.
Op Ambang Tahun Baharu: 146 kenderaan disita, 2,016 saman dikeluarkan di P. Pinang
Tindakan itu hasil daripada pemeriksaan ke atas 5,340 kenderaan sepanjang operasi tersebut yang melibatkan 1,294 pegawai dan anggota.
Polis keluar 372 saman, sita 10 motosikal dalam operasi ambang tahun baharu di ibu negara
Ia merupakan hasil pemeriksaan yang dibuat ke atas 841 buah kenderaan yang terlibat di kesemua lokasi SJR.
KLCC anjur sambutan ambang tahun baharu
KLCCH bersama DBKL akan menampilkan sambutan ekstravaganza ambang tahun baharu selama tiga jam di taman Esplanade KLCC pada 31 Dis.