GADGETS
Kerjasama YouTube, CAA tangani video palsu babitkan selebriti

YouTube membangunkan sistem baharu untuk mengesan penyalahgunaan imej selebriti dan atlet, mirip kepada sistem ContentID. -Gambar fail/Adobe Stock
CREATIVE Artists Agency (CAA) ialah agensi bakat terkemuka yang mewakili Tom Hanks, Zendaya, Steven Spielberg, Son Heung Min, dan Cole Palmer.
Ringkasan AI
- CAA bekerjasama dengan YouTube untuk melindungi imej pelanggan mereka daripada penyalahgunaan dalam video palsu yang dijana oleh AI.
- YouTube membangunkan sistem baharu untuk mengesan penyalahgunaan imej selebriti dan atlet, mirip kepada sistem ContentID.
- Sistem ini akan diaktifkan pada awal 2025 dalam peringkat percubaan.
Sejak pelbagai AI generatif dilancarkan, masalah penyalahgunaan imej selebriti dan atlet semakin meningkat, terutamanya bagi tujuan penipuan.
YouTube telah membangunkan sebuah sistem baharu untuk mengesan penyalahgunaan imej pelakon, penyanyi, serta atlet popular, seakan sistem ContentID sedia ada.
Sistem baharu ini akan diaktifkan pada awal 2025 di peringkat percubaan terlebih dahulu. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami