KOTA KINABALU: Jambatan di Kilometer 2.850 Jalan Tun Fuad Stephen di sini, ditutup serta-merta bermula 12 tengah hari, hari ini selepas pemeriksaan mendapati kerosakan struktur yang serius pada lantai konkrit jambatan berkenaan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memaklumkan penutupan itu perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Penutupan ini hanya melibatkan laluan dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Teluk Likas sahaja. Laluan akan dibuka semula setelah kerja pembinaan lencongan sementara disiapkan.
“Orang awam dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif sepanjang tempoh penutupan tersebut," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA