awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan Ebit Lew telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Sinar Harian
Sinar Harian
30/12/2021
02:54 MYT
Kertas siasatan Ebit Lew telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara
Abd Jalil berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan melibatkan pendakwah popular, Ebit Lew berhubung kes gangguan seksual telah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
"Bagaimanapun kita meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pada Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal, Ebit Lew, 37, dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.
Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ebit telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober lalu, beliau berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#Abd Jalil Hassan
#Ebit Lew
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan