Skip to main content

Malaysia

Lelaki Myanmar maut, isteri cedera diserang

Sumber: ORANG AWAM
Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala isterinya cedera selepas diserang seorang rakan senegara dalam kejadian di Taman Belibis, Simpang Ampat, Bukit Mertajam, semalam. - Gambar ihsan orang awam

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala isterinya cedera selepas diserang seorang rakan senegara dalam kejadian di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, susulan itu, polis menahan seorang lelaki Myanmar berusia 38 tahun bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia dipercayai akibat ditikam manakala wanita berumur 26 tahun yang juga warga Myanmar mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke HSJ untuk dibedah siasat manakala siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement