awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan

Bernama
Bernama
02/10/2023
05:24 MYT
Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Insiden pergaduhan yang tular di media sosial itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat. (Gambar kecil: Kamarul Zaman Mamat). - Gambar fail/Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi bulan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata setakat ini tiada tangkapan baharu dilakukan dan jumlah individu ditahan kekal empat orang berusia lingkungan 20 hingga 50-an.
"Kertas siasatan yang telah lengkap akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Siasatan kes ini tidak ditutup, individu yang buat salah kami akan siasat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan yang disyaki berlaku pada 23 Sept lepas.
Kamarul Zaman sebelum ini dilapor berkata pihak penganjur bagi acara DIBW 2023 iaitu program untuk peminat motosikal berkuasa tinggi berkenaan, telah diambil keterangan dan pergaduhan yang tular di media sosial itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Kamarul Zaman ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Bank Negara Malaysia, dalam usaha mendidik masyarakat mengenai jenayah penipuan dalam talian atau scammer.
Beliau berkata kerjasama menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor itu penting memandangkan jumlah kes terbabit sejak Januari tahun ini hingga bulan lepas meningkat kepada 3,185 kes, berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 2,403 kes.
"Kes yang dikategorikan sebagai jenayah dalam talian termasuk pembelian dalam talian, phone scam, pelaburan tidak wujud dan tawaran kerja," katanya sambil memaklumkan beliau antara individu yang turut mendapat panggilan scammer tersebut.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan sentiasa berhati-hati, serta tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak atau individu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden pergaduhan
#polis johor
#Kamarul Zaman Mamat
#Desaru International Bike Week
#DIBW
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan