SHAH ALAM: Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya perlu membuat rujukan berkaitan perundangan sebelum kertas siasatan itu diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya berikutan individu yang menuntut wang tersebut tidak mempunyai bukti kukuh mengenai sumber wang berkenaan.
"Kita perlu rujuk kepada Bukit Aman bagi mendapatkan pandangan perundangan sebelum kertas diserahkan kepada pihak pendakwa raya," katanya kepada pemberita selepas sesi perbincangan town hall Polis Kontinjen Selangor 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata sembilan individu termasuk pengawal keselamatan yang menemui bagasi berkenaan telah diambil keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan tersebut.
Media sebelum ini melaporkan bagasi berwarna merah jambu dan putih itu ditemukan seorang pengawal keselamatan kira-kira 8 pagi pada 20 Mac lalu di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara.
Dalam perkembangan lain Hussein berkata pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara yang baharu kini melepasi tahap 15 peratus dan dijangka siap pada tahun depan.
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu di tapak seluas 2.2 hektar yang dilengkapi kemudahan seperti lokap dan kuarters kediaman itu akan memberi nilai tambah kepada kesiapsiagaan pasukan keselamatan itu.
"Selain Klang Utara, kita juga mengharapkan pembaharuan dapat dibuat kepada IPD Petaling Jaya dan IPD Kajang yang mana aspek kemudahannya jauh tertinggal dengan arus kemajuan semasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (tengah) semasa sidang media pada Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Ibu Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Foto Bernama
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Kertas siasatan kes bagasi RM500,000 dirujuk kepada Bukit Aman
Polis Selangor akan merujuk kertas siasatan kes penemuan bagasi berisi wang tunai RM500,000 pada Mac lepas kepada Bukit Aman.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Polis belum dapat sahkan pemilik bagasi berisi RM500,000 - KP Selangor
Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat.