awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/10/2023
13:03 MYT
Kertas siasatan kes Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara
Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain kes rogol Ebit Lew (gambar) turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes rogol melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew kepada Jabatan Peguam Negara, minggu lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain kes rogol, Ebit Lew turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kedua-dua kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu.
"Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dirogol oleh pendakwah tersebut.
Ebit Lew juga dilaporkan telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.
Terdahulu, polis mengesahkan merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#Polis Diraja Malaysia
#rogol
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan