awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri - Polis

Bernama
Bernama
24/06/2021
07:40 MYT
Kertas siasatan MB Kedah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri - Polis
Sebelum ini kecoh di media sosial selepas gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta pada 5 Jun lepas. - Gambar fail
KEPALA BATAS: Kertas siasatan kes Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan beliau memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini baru-baru ini, telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu arahan daripada PPN untuk tindakan seterusnya.
"Kertas siasatan itu sebelum ini dihantar ke Bukit Aman dan telah dikembalikan kepada kami untuk diserahkan kepada PPN bagi tindakan selanjutnya. Memang kena hantar ke Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia melibatkan penjawat awam (menteri besar).
"Lagipun siasatan ini mengambil sedikit masa kerana ia (siasatan) dijalankan berdasarkan video dan gambar yang tular, jadi polis perlu merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak terlibat dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan tersebut," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
SOP | MB Kedah tegaskan tidak pandu uji kenderaan
Katanya kes itu disiasat menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Sebelum ini, komuniti media sosial kecoh selepas gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta pada 5 Jun lepas, sedangkan negara masih berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan antara sektor tidak dibenarkan beroperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#sekatan pergerakan penuh
#PKP
#jangkitan
#penyakit berjangkit
#juru
#pulau pinang
#Auto City
#Pengarah Pendakwaan Negeri
#PPN
#Kedah
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan